More

    Monitor “gaming” Redmi 23.8″ dilancar, miliki FAST IPS, kadar respon 1ms, penyegaran semula 240Hz berharga ~RM1,060

    Beberapa hari lalu, Redmi yang merupakan subjenama Xiaomi telah melancarkan monitor gaming baharu dalam pasaran iaitu Redmi Gaming Monitor 23.8 inci. Redmi Gaming Monitor baharu menampilkan paparan 23.8 inci dengan resolusi skrin HD Penuh dan kadar penyegaran sehingga 240Hz.

    Ia dilengkapi teknologi FAST IPS dan mempunyai masa tindak balas 1ms. Peranti ini juga hadir dengan AMD FreeSync Premium, gamut warna 100% sRGB, sokongan untuk DC Dimming dan perlindungan Blue Light bagi memastikan ia selamat untuk mata pengguna.

    Daripada segi reka bentuk, Redmi Gaming Monitor 23.8 inci mempunyai reka bentuk bezel bingkai yang nipis. Terdapat juga penutup belakang magnet pada panel IO dan tapaknya mempunyai sokongan untuk pelarasan menegak dan pelarasan berputar yang mana monitor juga boleh digunakan dalam kedudukan potret atau menegak.

    Monitor ini mempunyai sambungan dengan dua port HDMI 2.1, satu DisplayPort 1.2 dan bicu audio 3.5mm. Bagi mereka yang mahukan skrin yang lebih besar, syarikat itu telah melancarkan model 27 inci tahun lepas. Monitor gaming Redmi 23.8 inci berharga 1,599 yuan (~RM1,060) di China.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...