More

    Monitor OnePlus X27 & E24 dilancar: Panel IPS 165Hz dan masa tindak balas 1ms bermula ~RM1,501

    Nampaknya, Monitor OnePlus yang diumumkan sebelum ini akan mula dijual di India pada 15 Disember di mana salah satu modelnya yang premium, X 27 berharga INR 27,999 (~RM1,501).

    X 27 mempunyai resolusi 27 inci, 2560×1440, panel IPS 165Hz, masa tindak balas 1ms, warna 10-bit, liputan DCI-P3 95% dan pensijilan DisplayHDR 400. Ia diperakui AMD FreeSync Premium untuk sokongan kadar penyegaran yang berubah dengan AMD GPU serta serasi dengan Nvidia dan Intel GPU.

    Monitor X27 mempunyai badan dan dirian logam boleh laras dengan sokongan kecondongan, pangsi dan putaran penuh. OnePlus turut melengkapkannya dengan sambungan USB-C tambahan yang disokong oleh DisplayPort Alt-Mode dan USB-PD 65W.

    Ciri lain termasuk berbilang mod gambar seperti filem, web, standard dan gaming (dalam mod MOBA, FPS, RTS dan RPG) serta mod skrin belah untuk menyambungkan dua sumber untuk tontonan serentak. 

    Selain itu, terdapat Model E 24 yang lebih murah mempunyai resolusi 24 inci, 1920×1080, panel IPS 75Hz. Ia menawarkan penyegerakan penyesuaian, badan langsing 8mm, pengurusan kabel binaan dalam, sambungan USB-C, dirian logam dengan pelarasan kecondongan dan putaran.

    Buat masa ini, OnePlus masih belum mendedahkan kehadiran Monitor X27 dalam pasaran luar India. Harga untuk model E 24 pula akan diumumkan tidak lama lagi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...