More

    Monitor PRISM+ Nomad bantu produktiviti dalam perjalanan: Skrin OLED 4K & skrin sentuh bermula RM999

    PRISM+ Nomad merupakan monitor mudah alih yang direka untuk produktiviti semasa dalam perjalanan. Barisan Nomad terdiri daripada lima model unik yang dipelbagaikan dengan ciri terkini seperti skrin OLED, paparan 4K, keupayaan skrin sentuh, harga mampu milik dan dimensi ultraportable. 

    Antara model dalam siri Nomad adalah PRISM+ Nomad Ultra 13 dan PRISM+ Nomad Ultra 16. Kedua-dua model menampilkan paparan OLED dengan warna yang sangat terang dan kontras yang mendalam dan gamut warna sRGB 150%. Nomad Ultra 13 hanya mempunyai berat 0.55kg dengan saiz skrin 13.3 inci manakala Nomad Ultra 16 mempunyai berat 0.75kg dengan skrin 15.6 inci.

    PRISM+ Nomad Ultra 13
    PRISM+ Nomad Ultra 16

    Selain daripada dua model terbaharu ini, terdapat juga Nomad Ultra 4K 16 yang menampilkan skrin sentuh OLED 4K dan bateri binaan dalam yang tidak dimiliki oleh model lain. Ia hadir dengan gamut warna sRGB 145% dan seidikit berat 0.95kg. Ini sangat disyorkan walaupun ia kurang mudah alih berbanding yang lain.

    Dua model terakhir dalam siri Nomad termasuk Nomad 16 iaitu model standard dengan skrin IPS dan Nomad Pro 16 dengan skrin sentuh IPS. Ia mempunyai gamut Warna sRGB terendah 105% daripada kesemuanya tetapi mengekalkan kebanyakan fungsi lain dalam siri Nomad. Ia sesuai untuk pekerjaan yang bergerak dan mudah digunakan.

    Nomad Ultra 4K 16

    Di bawah merupakan harga promosi PRISM+ siri Nomad:

    BaranganRRP (RM)Harga promosi (RM)
    Nomad Ultra 131,7991,099
    PRISM+ Nomad Ultra 162,0991,399
    Nomad Ultra 4K 163,9992,999
    Nomad 16 (standard)1,199999
    Nomad Pro 161,6991,299

    Ketahui ciri dan fungsi peranti di atas di laman web rasmi PRISM+. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Siri vivo X500 dilancar dengan Dimensity 9600 Pro, kamera Sony LYTIA L910 17 EV...

    vivo secara rasmi melancarkan siri X500 yang terdiri daripada vivo X500, X500 Pro dan X500 Pro Max di Shanghai, China. Siri mercu...

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured