More

    MOSTI: Projek MyGenom bantu kukuhkan sistem kesihatan Malaysia berdasarkan DNA

    Majlis pelancaran MyGenom telah diadakan pada 29 Ogos 2024 di Auditorium Perdana, Institut Kesihatan Negara (NIH). Projek MyGenom adalah usaha sama antara dua kementerian iaitu Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

    Genom adalah keseluruhan maklumat keturunan suatu makhluk hidup yang dikod ke dalam DNA. MyGenom mempunyai tiga objektif utama iaitu untuk menyusun genom rakyat Malaysia, menghasilkan genom rujukan untuk Malaysia dan mencirikan variasi genetik rakyat Malaysia.

    Melalui penjujukan dan analisis genom Malaysia, pencirian variasi genetik dalam kepelbagaian etnik serta kaum dalam negara dapat dikenal pasti dengan berkesan. Maklumat ini penting untuk pelaksanaan ketepatan perubatan masa hadapan di Malaysia.

    Projek MyGenom akan dilaksanakan secara berfasa dan akan diketuai oleh penyelidik dari MGVI-NIBM, MOSTI dengan kerjasama IMR, NIH, KKM. MGVI-NIBM akan menjalankan proses penjujukan genom manakala IMR, NIH dan KKM akan menjalankan proses persampelan.

    Susunan genetik rakyat Malaysia mungkin berbeza daripada orang di negara lain menjadikan maklumat ini penting untuk ketepatan perubatan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah ditugaskan untuk melaksanakan Projek MyGenom bagi mengumpul 3,500 sampel dalam fasa pertamanya.

    Untuk mencapai sasaran projek, pasukan projek MyGenom KKM akan menggunakan tiga strategi pengumpulan sampel:

    • Kutipan berterusan di tujuh pusat derma darah di hospital terpilih di seluruh negara
    • Persampelan berkala di tiga pusat derma darah di hospital terpilih
    • Persampelan disasarkan dalam komuniti tertentu seperti di NIH

    Dengan mengenal pasti risiko penyakit berdasarkan data genetik, langkah proaktif boleh diambil untuk mencegah penyakit yang disesuaikan dengan populasi tertentu, merancang rawatan yang lebih tepat yang sepadan dengan profil genetik individu, meningkatkan keberkesanan rawatan dan akhirnya mengurangkan beban penjagaan kesihatan jangka panjang negara.

    Secara keseluruhan, Projek MyGenom akan memberi impak besar kepada kesejahteraan rakyat dan mengukuhkan sistem kesihatan Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured