More

    Motorola Moto E30 diumum: Miliki Unisoc T700, kamera 48MP dan skrin 6.5″ berharga ~RM480

    Sebelum ini, Motorola telah melancarkan Moto E20 dan Moto E40. Kini, Moto E30 secara senyap-senyap muncul di pasaran Belgium. Telefon ini mempunyai perkakasan yang sama seperti E40 kecuali terdapat beberapa perbezaan daripada segi spesifikasi.

    Motorola Moto E30 dikuasakan oleh cipset Unisoc T700, RAM 2GB dan storan 32 GB. Ini adalah telefon edisi Android 11 Go. Selain itu, ia dilengkapi skrin LCD IPS 6.5 inci dengan resolusi 720p+ dan nisbah 20:9 serta segar semula skrin 90 Hz.

    Terdapat tiga kamera pada bahagian belakangnya dengan sensor utama 48 MP, makro 2MP dan sensor kedalaman 2MP. Kamera ini boleh merakam video 1080p pada 30 fps. Kamera swafotonya pula terletak pada lubang tebuk (punch hole) dengan sensor 8 MP.

    Telefon ini menawarkan bateri berkapasiti 5,000 mAh dengan sokongan pengecasan 10W. Motorola mengesahkan bahawa hayat baterinya boleh bertahan lebih daripada 40 jam. Seterusnya, ia mempunyai pengimbas cap jari terletak pada bahagian di belakang telefon, bicu audio 3.5 mm, reka bentuk kalis air (IP52) dan slot mikroSD.

    Badannya diperbuat daripada plastik dan seberat 198g. Ini ialah telefon 4G dengan sokongan untuk Wi-Fi b/g (2.4 GHz) dan Bluetooth 5.0. Untuk kedudukan, ia mempunyai sokongan GPS, GLONASS dan Galileo. Harga Moto E30 di pasaran Belgium ialah €100(~RM480).

    Namun, kami masih belum menerima maklumat rasmi tentang telefon ini dalam pasaran Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Moto E30 ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured