More

    Moto kembali, siri Motorola One Fusion bakal hadir dengan Snapdragon 675

    Seperti Nokia, Motorola juga pernah mendapat tempat dalam kalangan pengguna teknologi di Malaysia. Terkini, terdapat beberapa khabar angin yang mendedahkn spesifikasi siri peranti kelas pertengahan Motorola, siri Motorola One Fusion. Siri Motorola One Fusion ini dijadualkan hadir pada akhir suku kedua tahun 2019.

    Setakat ini, Motorola One Fusion dikatakan bakal dioperasikan oleh cipset Snapdragon 675, pilihan RAM 4GB dan 6GB serta storan dalaman sehingga 128GB. Berkenaan spesifikasi kamera, siri peranti kelas pertengahan ini dikatakan bakal tampil dengan tetapan kamera utama 12MP. Untuk harganya, mungkin kita boleh menjangkakan harga yang berpatutan memandangkan ianya adalah peranti kelas pertengahan.

    Untuk makluman anda, peranti flagship Motorola Edge dijadualkan untuk dilancarkan pada 22 April (esok). Peranti ini dikatakan hadir dengan Snapdragon 865, kadar segar semula tinggi, bateri besar 5170 mAh dan kamera utama 108MP. Apa pun, kami masih tidak mendapat maklumat rasmi berkenaan keberadaannya di Malaysia.

    Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android Authority

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...