More

    Motorola Edge 20 Pro dilancar di Malaysia: Kamera 108MP, Snapdragon 870, OLED 144Hz berharga RM2,499

    Pada hari ini, Motorola Malaysia telah melancarkan telefon kelas pertengahan terbaru iaitu Motorola Edge 20 Pro. Telefon ini menampilkan spesifikasi yang sangat kukuh untuk telefon pertengahan seperti cipset Snapdragon 870, skrin OLED dengan kadar segar semula 144Hz dan kamera 108MP.

    Telefon ini mempunyai tiga kamera di belakang, terdiri daripada kamera utama 108MP dengan Ultra Pixel Technology, kamera ultra-lebar serta kamera telefoto periskop yang boleh zum optikal sehingga 5x dan zum digital sebanyak 50x. Edge 20 Pro juga adalah telefon Motorola pertama yang mempunyai kebolehan untuk merakam video dalam resolusi 8K.

    Ia turut menyokong fungsi Super Slow Slow Motion yang boleh merakam video pada kadar 960fps dan diperlahankan dengan sangat panjang. Untuk rakaman audio pula, kameranya mempunyai Audio Zoom untuk merekod audio daripada jauh dan menapis bunyi persekitaran.

    Skrin Edge 20 Pro adalah paparan OLED berukuran 6.7 inci dengan kadar segar semula 144Hz serta gamut warna DCI-P3 dan HDR10+. Daripada segi prestasi, ia dilengkapi cipset Snapdragon 870 5G, RAM 12GB dan storan dalaman 128GB atau 256GB.

    Motorola tidak menyatakan kapasiti baterinya, namun mereka mengatakan ia boleh bertahan selama 30 jam dan pengecasan TurboPower 30 boleh menjana penggunaan selama sembilan jam daripada pengecasan 10 minit sahaja. Perisiannya adalah My UX berdasarkan Android 11 dan Motorola mengatakan ia adalah sangat hampir dengan versi stock.

    Motorola Edge 20 Pro akan dijual pada harga RM2,499, namun tarikh penjualannya masih belum diumumkan. Anda boleh ikuti laman Facebook Motorola Malaysia untuk pengumuman tentan telefon ini.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Edge 20 Pro dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured