More

    Motorola Edge 20 Pro kini tersedia untuk pra-tempahan di Malaysia pada harga RM2,099

    Lenovo Malaysia telah melancarkan dua telefon Motorola baharu pada bulan November lalu iaitu e40 dan Edge 20 Pro. Walau bagaimanapun, Edge 20 Pro memasuki pasaran Malaysia agak sedikit lewat iaitu pada bulan ini dan kini ia sudah boleh untuk dibuat pra-tempahan.

    Edge 20 Pro dilengkapi dengan cipset Qualcomm Snapdragon 870 bersama paparan OLED Full HD+ 144Hz 6.7 inci. Telefon ini juga dilengkapi RAM LPDDR5 12GB dan storan dalaman 256GB berasaskan UFS 3.1.

    Untuk fotografi, kamera utamanya mempunyai resolusi 108MP yang disertakan dengan kamera telefoto 8MP 5x yang mempunyai keupayaan Super Zoom 50x. Modul kamera belakang juga dilengkapi dengan kamera ultra lebar 16MP yang boleh digunakan sebagai kamera makro juga.

    Edge 20 Pro juga dilengkapi dengan kamera swafoto lubang tebuk 32MP bersama bateri 4500mAh yang menyokong pengecas TurboPower 30W. Sekiranya anda tertanya-tanya tentang keserasiannya dengan rangkaian 5G Digital Nasional Berhad (DNB), telefon itu belum lagi menjadi sebahagian daripada senarai yang disokong setakat hari ini walaupun laman web DNB telah menyatakan bahawa ianya dijangka akan disenaraikan dalam suku pertama 2022.

    Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan Edge 20 Pro, anda mungkin ingin memanfaatkan promosi pra-tempahan yang membolehkan anda membeli telefon tersebut pada harga RM2,099 dan bukannya pada tanda harga asalnya iaitu RM2,499. Anda boleh menyemak promosi di kedai rasmi Lenovo di Lazada dan Shopee. Perlu diingatkan bahawa promosi ini tamat pada 25 Disember.

    Adakah anda berminat untuk memilikinya? Beri pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: lowyat

     

    Artikel Terkini

    Lepas 10 tahun guna logo sama, Instagram akhirnya buat perubahan besar

    Instagram secara rasmi memperkenalkan reka bentuk logo teks (wordmark) baharu yang memaparkan nama platform tersebut pada bahagian atas aplikasi. Penukaran ini merupakan...

    nubia A77 5G tiba di Malaysia dengan Unisoc T8300 Ultimate dan skrin 120Hz berharga...

    nubia secara rasmi melancarkan peranti kelas pertengahan baharu iaitu nubia A77 5G untuk pasaran tempatan. Telefon pintar ini dibangunkan sebagai pilihan peranti...

    Google Pixel Watch 5 dan Pixel Tag dilancar dengan harga bermula RM139

    Google secara rasmi melancarkan jam pintar Pixel Watch 5 dan peranti penjejak pintar pertama mereka, Pixel Tag. Pixel Watch 5 hadir dalam...

    Google Pixel 11 Pro Fold turut rasmi dengan dengan cip Tensor G6 dan IP68...

    Selain siri Pixel 11 standard, Google turut mengumumkan telefon pintar boleh lipat baharu Pixel 11 Pro Fold untuk pasaran Malaysia. Peranti ini...

    Google Pixel 11 rasmi di Malaysia dengan cip Tensor G6 dan lampu HiLight LED...

    Google secara rasmi melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di Malaysia yang merangkumi Pixel 11, Pixel 11 Pro dan Pixel 11 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured