More

    Motorola Edge 30 Pro mungkin diumumkan pada 24 Februari

    Terdapat beberapa khabar angin mengenai rancangan Motorola untuk melancarkan Motorola Edge X30 di luar China sebagai Motorola Edge 30 Pro. Telefon ini dikatakan akan diumumkan sebelum akhir bulan dan Motorola telah mengesahkannya.

    Melalui tweet yang dikongsi, syarikat itu menyiarkan gambar promosi pelancaran telefon Edge baharu pada 24 Februari nanti. Namun, ia tidak jelas sama ada mereka akan melancarkan satu peranti sahaja atau seluruh barisan Edge.

    Motorola Edge X30 yang sudah tersedia di China akan dilancarkan secara global. Sekiranya Edge 30 Pro sekadar penjenamaan semula peranti tersebut, maka jangkakan ia akan hadir dengan skrin OLED 6.7″ 1080×2400 144Hz, cipset Snapdragon 8 Gen 1, RAM 8/12GB, storan 128/256GB.

    Ia menampilkan tri-kamera belakang 50MP utama dengan OIS + ultralebar 50MP, sensor kedalaman2MP manakala kamera swafoto 60MP, bateri 5,000 mAh dengan pengecasan pantas 68W dan mungkin menjalankan Android 12.

    Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured