More

    Motorola Edge 40 Pro hadir dengan cipset SD 8 Gen 2 dan paparan 165Hz berharga ~RM4,310

    Baru-baru ini, Motorola Edge 40 Pro telah diumumkan dan telefon ini perkakasannya sama seperti Moto X40 yang diumumkan di China tetapi Edge 40 Pro mempunyai UI yang lebih bersih seakan Android 13 stok. Ia dilengkapi cipset Snapdragon 8 Gen 2, pengecasan 125W dan kamera utama 50MP sensor besar.

    Panelnya menggunakan AMOLED 6.67 inci beresolusi 1080p, kadar penyegaran 165Hz, sisi melengkung 2.5D, perlindungan Gorilla Glass Victus depan dan belakang. Terdapat juga pengimbas cap jari bawah paparan manakal kamera swafoto 60MP dipasang pada lubang tebuk.

    Edge 40 Pro mempunyai kamera utama 50MP dengan sensor 1/1.55″, OIS dan apertur F/1.9 serta ultra lebar FoV 117 darjah dengan autofokus, sensor 1/2.76″ dan lensa f/2.2. Kamera ketiga mempunyai sensor 12MP 1/2.93″ dan lensa telefoto 2x f/1.6.

    Baterinya berkapasiti 4,600mAh yang menyokong pengecasan pantas 125W. Ia mampu mengecas daripada 0 hingga 50% dalam masa tujuh minit dan memberikan anda pengecasan penuh dalam masa kurang dari 20 minit. Terdapat juga pengecasan wayarles 15W dan wayarles terbalik 5W.

    Motorola hadir dengan memori RAM LPDDR5X 12GB dan storan UFS 4.0 256GB tanpa ruang untuk mikro SD. Edge 40 Pro memiliki rintangan IP68 untuk air dan habuk serta boleh bertahan di kedalaman air 1.5m selama 30 minit. Peranti ini berukuran 8.6mm tebal dengan berat hanya di bawah 200 gram.

    Motorola melancarkan Edge 40 Pro dalam warna biru adan hitam pada harga €899.99 (~RM4,310). Ketersediaan dan harga untuk pasaran Malaysia bakal kita ketahui dalam pengumuman rasmi Motorola kelak.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Motorola Edge 40 Pro dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...