More

    Motorola g82 5G dilancar di Malaysia: Miliki SD 695 5G, AMOLED 6.6″ 120Hz & bateri 5,000mAh pada RM1,139

    Hari ini, Motorola telah melancarkan Motorola g82 5G di Malaysia dan boleh didapati di kedai rasmi Lenovo, Lazada dan Shopee. Telefon pintar kelas pertengahan ini membawa paparan AMOLED 120Hz 6.6 inci dengan resolusi FHD+.

    Bagi binaan dalam, peranti ini mempunyai cipset Qualcomm Snapdragon 695 5G yang dipasangkan dengan RAM 6GB. Selain itu, ia juga menyokong sambungan 5G dan storan 128GB.

    Daripada segi kamera, g82 5G menampilkan tri-kamera belakang dengan kamera utama 50MP + lebar dan kedalaman 8MP + makro 2MP. Di bahagian hadapan, ia menunjukkan potongan lubang tebuk (punch-hole) pada paparan menempatkan kamera swafoto 16MP.

    Peranti ini mempunyai bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas sehingga 30W. Spesifikasi lain termasuk USB-C, storan yang boleh dikembangkan, sokongan dwi-SIM, pengimbas cap jari di sisi dan Android 12.

    Motorola g82 5G berharga RM1,199 bagi satu-satunya konfigurasi 6/128GB dalam warna Meteorite Gray. Anda boleh dapatkan peranti ini pada harga diskaun RM1,139 mulai sekarang hingga 30 Jun 2022 sempena Jualan Pertengahan Tahun Motorola melalui Lazada atau Shopee.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured