More

    Motorola mengumumkan program beta terbuka dengan ciri AI baharu

    Motorola telah melancarkan program beta Moto Ai, sebuah inovasi kecerdasan buatan (AI) yang direka untuk menjadikan telefon pintar lebih bijak dan membantu anda menguruskan kehidupan dengan lebih mudah.

    Moto Ai membawa tiga fungsi utama:

    1. Catch Me Up – Mengumpulkan ringkasan mesej penting daripada notifikasi untuk memastikan anda tidak terlepas perkara penting.
    2. Pay Attention – Transkrip dan meringkaskan perbualan atau mesyuarat untuk memudahkan kerja tanpa perlu mencatat nota.
    3. Remember This – Membantu pengguna visual mengatur maklumat dengan mengambil foto atau tangkapan skrin dan menambahkan konteks tambahan.

    Moto Ai juga memperkenalkan antaramuka baharu yang lebih mesra pengguna termasuk tab tersusun (Apps, News dan Journal) dan prompt (gesaan) terapung untuk akses pantas. Hanya dengan suara atau teks, anda boleh mencari aplikasi, menyesuaikan tetapan atau menghubungi seseorang dengan mudah.

    Program beta ini kini tersedia untuk pengguna Motorola Razr 50 series dan Edge 50 Ultra dengan pendaftaran melalui Google Play Store atau laman rasmi Motorola. Peserta beta juga berpeluang memberi maklum balas untuk memperbaiki teknologi ini.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured