More

    Motorola Moto Tab G20 dilancar: Miliki Helio P22T dan skrin 8” berharga ~RM620

    Seperti yang telah dijangkakan, baru-baru ini Motorola telah mengumumkan tablet terbarunya iaitu Moto Tab G20. Ianya dilengkapi cipset Helio P22T, paparan skrin LCD HD+ 8 inci dan bateri berkapasiti 5,100mAh. Spesifikasinya mirip seperti Lenovo Tab M8 generasi ketiga.

    Moto Tab G20 hadir dengan RAM 3GB, storan dalaman 32GB, slot kad mikro-SD untuk pengembangan memori dan Android 11 yang mempunyai mod Kids Space. Kamera belakangnya memiliki resolusi 5MP dan kamera swafoto 2MP.

    Selain itu, terdapat pembesar suara Dolby Atmos pada bahagian bawah, bicu audio dan port USB-C untuk pengecasan 10W. Moto Tab G20 tersedia dalam satu pilihan warna sahaja iaitu Platinum Grey berharga INR 10,999 (~RM620) dan bakal dilancar di India pada 2 Oktober ini.

    Kongsikan pendapat anda bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...