More

    Motorola Razr 2022, Edge X30 Pro dan Edge S30 Pro dilancar: Telefon “flagship” bermula ~RM1,320

    Motorola telah melancarkan tiga telefon pintar andalannya yang terbaru di China iaitu Motorola Razr 2022, Motorola Edge X30 Pro dan Motorola Edge S30 Pro. Ketiga-tiga peranti ini dilengkapi spesifikasi canggih untuk menjana prestasi terpantas dalam semua kegunaan.

    Motorola Razr 2022

    Motorola Razr 2022 adalah telefon pintar lipat clamshell yang mempunyai skrin OLED berukuran 6.7 inci dengan kadar segar semula 144Hz dan sokongan HDR10+. Terdapat juga sebuah skrin OLED luaran berukuran 2.7 inci untuk tunjukkan notifikasi ringkas dan bantuk pengguna ambil swafoto menggunakan kamera utama.

    Kameranya terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera ultra-lebar 13MP dan kamera swafoto 32MP. Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset Snapdragon 8+ Gen 1, RAM 8GB atau 12GB, storan dalaman 128GB, 256GB atau 512GB, bateri 3,500mAh, pengecasan pantas 33W dan sistem operasi MyUI 4.1 berdasarkan Android 12.

    Ia akan dijual di Malaysia pada harga bermula CNY5,999 (~RM3,960) untuk varian 8GB+128GB.

    Motorola Edge X30 Pro

    Motorola X30 Pro merupakan telefon pintar pertama yang dilengkapi kamera utama 200MP. Kamera tersebut menggunakan sensor Samsung ISOCELL HP1 berukuran 1/1.22 inci dengan apertur f/1.95, penstabilan imej optikal dan pixel binning 16-dalam-1. Ia boleh merekod video 8K pada kadar 30fps.

    Terdapat juga sebuah kamera ultra-lebar 50MP dan kamera telefoto 12MP dengan sensor Sony IMX663 yang boleh zum optikal sebanyak 2x. Di hadapan, ia mempunyai kamera swafoto 60MP yang menggunakan sensor Omnivision OV60a.

    Skrin telefon ini pula mempunyai panel OLED berukuran 6.67 inci dengan resolusi FullHD+, kadar segar semula 144Hz, kecerahan puncak 1,200 nits, menyokong kandungan HDR10+ dan pengimbas cap jari di bawah skrin.

    Spesifikasi dalamannya pula terdiri daripada cipset Snapdragon 8+ Gen 1, RAM 8GB atau 12GB, storan 128GB, 256GB atau 512GB, bateri 4,610mAh, pengecasan pantas 125W, pengecasan wayarles 50W dan sistem operasi MyUI 4.0 berdasarkan Android 12.

    "
    "

    Ia akan dijual di China pada harga bermula CNY3,699 (~RM2,440) untuk varian 8GB+128GB.

    Motorola Edge S30 Pro

    Motorola S30 Pro adalah sebuah telefon kelas pertengahan premium yang dilengkapi skrin OLED berukuran 6.55 inci dengan kadar segar semula 144Hz. Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset Snapdragon 888+, bateri 4,400mAh, pengecasan pantas 68W dan sistem operasi MyUI 4.0 berdasarkan Android 12.

    Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 50MP dengan sensor Omnivision OV50A, kamera ultra-lebar 13MP, sensor kedalaman 2MP dan kamera hadapan 32MP.

    Ia akan dijual di China pada harga bermula CNY1,999 (~RM1,320) untuk varian memori asas 8GB+128GB.

    Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaan tiga telefon pintar ini di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...