More

    Motorola Razr 5G dilancarkan dengan Snapdragon 765G, kamera 48MP berharga ~RM5825

    Semalam, Motorola telah melancarkan sebuah telefon pintar lipat terbaru mereka iaitu Motorala Razr 5G. Peranti ini adalah pengganti kepada Motorala Razr yang telah memasuki pasaran pada tahun lepas.

    Motorala Razr 5G ini hadir dengan reka bentuk yang hampir sama dengan generasi sebelumnya dengan cipset yang baru iaitu Snapdragon 765G. Ia juga hadir dengan satu varian sahaja iaitu RAM 8GB serta storan 256GB.

    Skrin luaran peranti ini adalah bersaiz 2.7 inci gOLED beresolusi 800 X 600 dengan ketumpatan piksel 370 ppi, manakala untuk skrin utamanya pula, ia bersaiz 6.2 inci pOLED beresolusi 876 X 2142 yang mempunyai ketumpatan piksel 373 ppi.

    Kini, lebih banyak aplikasi akan berfungsi dengan skrin luarannya seperti kamera, mesej, kalkulator, Google Keep, Google News, Google Home dan YouTube. Pengguna juga boleh memberi kebenaran secara manual kepada sebarang aplikasi untuk melakukan sesuatu dengan skrin luarannya itu. Paparan luaran ini juga menyokong navigasi isyarat (gesture navigation).

    Untuk spesifikasi yang lain pula, Razr 5G hadir dengan bateri 2,800mAh dengan cas pantas 15W, kamera utama 48MP f/1.7 dengan penstabilan OIS serta laser autofocus. Kamera swafotonya pula adalah 20MP f/2.2.

    Peranti ini bakal memasuki pasaran di China dan beberapa negara Eropah pada musim luruh ini dan ditawarkan dengan tiga warna iaitu Polished Graphite, Liquid Mercury dan Blush Gold. Untuk harga pula, ia ditawarkan pada harga $1,399 (~RM5825) di Amerika Syarikat.

    Bagaimana dengan peranti generasi kedua Motorala Razr ini? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...