More

    Motorola X40 dilancar: SD 8 Gen 2, skrin 165Hz 6.7″ dan bateri 4,600mAh bermula ~RM2,158

    Hari ini, Motorola melancarkan dua peranti baharu iaitu Moto X40 dan Moto G53 dengan harga yang berpatutan di China. Di bawah merupakan butiran yang anda perlu tahu bagi telefon pintar Moto X40.

    Motorola Moto X40 tanpa nama “Pro” dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Gen 2 baharu, paparan 165Hz 6.7 inci dengan resolusi 1,080 x 2,400px dan membawa pengimbas cap jari bawah paparan. 

    Ia adalah panel 10 bit dengan sokongan HDR10+ dan pemalapan DC. Ini merupakan paparan 165Hz pertama Motorola dengan GPU Adreno 740 yang boleh menarik minat orang ramai terutamanya untuk gaming.

    X40 mempunyai pengecasan berwayar 125W dan pengecasan tanpa wayar 15W. Kapasiti baterinya adlaah 4,600mAh yang mengambil masa tujuh minat untuk dicas dari kosong hingga 50%.

    Daripada segi kamera, ia menggunakan sensor 50MP (1/1.56”) dengan Penstabilan Imej Optik (OIS) dan piksel asli 1.0µm yang disokong binning 4-dalam-1. Terdapat kamera ultra lebar (117°) dengan penderia 50MP (1.3µm piksel) yang mempunyai autofokus sesuai untuk kegunaan imej makro dari 2.5cm dan kamera potret 2x dengan sensor 12MP (IMX663, 1.22µm piksel). 

    Bahagian hadapan terdapat lubang tebuk di bahagian tengah menempatkan kamera swafoto 60MP sama seperti Moto X30 Pro. Cipsetnya disejukkan dengan 11 lapisan yang merangkumi ruang wap (bersaiz 3,002mm²). Cipset ini dipasangkan dengan LPDDR5X RAM 8GB dan 12GB serta storan UFS 4.0 128GB, 256GB dan 512GB. 

    Spesifikasi lain termasuk dwi SIM tanpa slot microSD, menggunakan perisisan My UI 5.0 berdasarkan Android 13 dan hadir dengan rating kalis air IP68 yang boleh bertahan pada 1.5m dalam air selama 30 minit. 

    Bingkai peranti diperbuat daripada aluminium siri 7000, bahagian belakang ditutup dengan Gorilla Glass Victus dengan kemasan sentuhan lembut dalam warna biru dan hitam. Ia berukuran tebal 8.6mm dan berat 199g yang lebih kurang sama dengan model sebelum ini.

    "
    "

    Motorola Moto X40 membawa varian 8/128GB pada harga CNY 3,400 (~RM2,158), 8/256GB pada CNY 3,700 (~RM2,349), 12/256GB berharga CNY 4,000 (~RM2,539) dan 12/512GB untuk CNY 4,300 (~RM2,730).

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...