More

    MPOB perkenal Sawit EcoTherm, teknologi penyejuk cecair untuk pusat data AI

    Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) secara rasminya telah membangunkan Sawit EcoTherm iaitu cecair penyejuk rendaman yang dihasilkan daripada minyak sawit. Teknologi ini dibangunkan sebagai alternatif kepada sistem penyejukan tradisional berasaskan air dan udara yang sering digunakan di pusat data ketika ini.

    Menurut MPOB, ia berfungsi dengan merendam komponen pelayan (server) ke dalam cecair dielektrik bukan konduktif di dalam sistem gelung tertutup. Proses ini bertujuan untuk menyingkirkan haba secara berterusan tanpa memerlukan menara penyejuk yang lazimnya menggunakan air dalam jumlah yang besar melalui proses penyejatan.

    Sawit EcoTherm mampu menawarkan kecekapan tenaga yang lebih tinggi dengan mengurangkan penggunaan tenaga sekitar 30 hingga 50 peratus. Ini penting untuk pusat data generasi akan datang yang menempatkan pelayan AI memandangkan perkakasan tersebut mampu menghasilkan haba tiga hingga lima kali ganda lebih tinggi berbanding pelayan konvensional.

    Daripada sudut komposisi, cecairnya terdiri daripada 95 peratus bahan berasaskan bio yang diperbaharui dan diperoleh secara tempatan. Produk ini juga disahkan bebas daripada bahan kimia kekal atau PFAS (per- and polyfluoroalkyl substances), bersifat mudah terbiodegradasi serta mempunyai ketoksikan ekologi yang rendah.

    Penggunaan bahan disasarkan untuk membantu pengendali pusat data mencapai matlamat alam sekitar, sosial dan tadbir urus. Bagi fasa seterusnya, MPOB menyatakan bahawa mereka kini memberi tumpuan kepada kerjasama strategik bersama penyedia teknologi, pembangun pusat data, pengeluar pelayan dan pihak industri yang berkaitan.

    Fokus utama pada ketika ini adalah untuk melaksanakan projek rintis serta validasi teknikal bagi menunjukkan prestasi, kebolehpercayaan dan manfaat kos jangka panjang teknologi tersebut sebelum ia diguna pakai secara meluas. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured