More

    MSI lancarkan komputer riba Stealth, Prestige dan Summit baharu yang dikuasakan teknologi AI

    Sempena acara Computex 2024 yang sedang dianjurkan di Taiwan, MSI memperkenalkan beberapa komputer riba baharu dalm siri MSI Stealth, MSI Prestige dan MSI Summit yang dilengkapi teknologi kecerdasan buatan (AI) serta pemproses terbaru daripada Intel dan AMD.

    MSI Stealth Mercedes-AMG Motorsport Laptop

    MSI telah bekerjasama dengan pasukan lumba kereta ternama, Mercedes-AMG Motorsport, untuk menghasilkan komputer riba premium MSI Stealth 18 Mercedes-AMG Motorsport dan MSI Stealth 16 Mercedes-AMG Motorsport. Ia menawarkan spesifikasi yang amat canggih seperti pemproses Intel Core Ultra 9 (Meteor Lake), siri GPU NVIDIA GeForce RTX 40 Series dan skrin OLED 4K berukuran 18 atau 16 inci.

    Memandangkan ia adalah produk yang dibina bersama Mercedes-AMG, ia mempunyai pelbagai hiasan dan logo yang bertemakan syarikat tersebut, serta didatangkan dengan aksesori eksklusif seperti sarung komputer riba (laptop sleeve), tetikus dan pad tetikus (mousepad).

    MSI Prestige dan MSI Summit

    MSI melancarkan siri komputer riba MSI Prestige dan MSI Summit baharu yang menawarkan fungsi AI dan dilengkapi pemproses Intel Core Ultra (Lunar Lake) terbaru yang boleh menjana prestasi AI sehingga 100 TOPS, tiga kali lebih pantas berbanding generasi sebelumnya.

    Selain itu, MSI turut memperkenalkan Stealth A16 AI+, Summit A16 AI+, Prestige A16 AI+ dan Creator A16 AI+ yang dilengkapi pemproses AMD Ryzen AI 3000 Series terbaru. Pemproses tersebut dibina dengan architecture NPU XDNA 2 yang menawarkan kebolehan AI yang lebih pantas sebanyak tiga kali serta menawarkan pemprosesan AI generatif dan model bahasa besar yang lebih pantas.

    Setakat ini masih tidak diketahui bilakah komputer-komputer ini akan dilancar untuk pasaran Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Internet terbuka jadi punca, Gemini AI ceroboh 3 syarikat sebenar

    Google mengesahkan model kecerdasan buatan Gemini menceroboh sistem keselamatan tiga syarikat luar ketika ujian keupayaan keselamatan siber dijalankan oleh firma pihak ketiga,...

    Samsung pindah pengeluaran DDR5 kepada pihak ketiga, utamakan pembungkusan HBM

    Samsung Electronics merancang untuk menyerahkan pengeluaran tambahan modul memori DDR5 dan SSD kepada syarikat pembungkusan dan ujian pihak ketiga (OSAT).

    Had subsidi elektrik naik daripada 600 kepada 800 kWj mulai September ini

    Kerajaan memutuskan untuk memperluaskan tahap perlindungan subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik daripada 600 kWj kepada 800 kWj sebulan. Pelaksanaannya berkuat kuasa...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured