More

    MSI lancarkan siri komputer riba “gaming” baru, dilengkapi 13th Gen Intel Core dan GPU RTX 40 Series

    Dalam temasya Consumer Electronics Show (CES) 2023 yang berlangsung di Amerika Syarikat sekarang, MSI telah melancarkan model komputer riba gaming baharu yang dilengkapi siri pemproses 13th Gen Intel Core HX dan unit pemproses grafik (GPU) NVIDIA GeForce RTX 40 Series.

    Semua komputer ini mempunyai seni bina NVIDIA Ada Lovelace dalam GPU tersebut, di mana ia menawarkan penambahbaikan dalam Deep Learning Super Sampling (DLSS) 3 dan ray tracing penuh. Untuk prestasi CPU pula, pemproses 13th Gen Intel Core HX ini menawarkan prestasi lebih pantas sebanyak 45 peratus berbanding generasi sebelumnya.

    Berikut ini adalah siri komputer riba gaminbg baharu oleh MSI untuk tahun ini:

    Siri MSI Titan GT, Raider GE dan Vector GP

    Komputer riba tercanggih oleh MSI iaitu Titan GT dan Raider GE akan dilengkapi pemproses Intel Core i9-13980HX dan GPU GeForce RTX 4090, dengan teknologi MSI OverBoost Ultra untuk menggunakan tenaga 250W dalam pemprosesan grafik serta frekuensi 5.2GHz dalam setiap lapan teras prestasi (P-cores).

    Titan GT bakal dilengkapi skrin Mini LED dengan resolusi 4K dan kadar segar semula 144Hz, menjadikannya komputer riba pertama yang mempunyai gabungan resolusi dan kadar tersebut. Skrin ini juga boleh mencapai kecerahan 1,000 nits dengan 1,000 zon local-dimming. Raider GE pula menawarkan skrin dengan resolusi QuadHD+, kadar segar semula 240Hz dan nisbah aspek 16:10.

    Raider GE akan dilengkapi casis baharu dengan lampu RGB Matrix Light Bar yang lebih menawan, manakala Vector GP mempunyai reka bentuk yang lebih berprofil rendah untuk digunakan dalam industri STEM (sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik).

    Siri MSI Stealth

    Komputer riba gaming MSI Stealth akan ditawarkan dalam varian skrin 14 inci, 15 inci, 16 inci dan 17 inci. Semua komputer ini mempunyai reka bentuk yang agak nipis untuk sebuah komputer riba gaming, namun masih boleh menjana prestasi berkuasa tinggi.

    Siri komputer ini juga mempunyai pengiktirafan NVIDIA Studio untuk prestasi tinggi dalam tugas-tugas suntingan kreatif. Bagi mengimbangkan prestasi komputer dengan penggunaan kuasa, bateri dan akustik, ia mempunyai NVIDIA Max-Q untuk mencapai kecekapan tertinggi.

    "
    "

    Stealth 14 Studio dan Stealth 16 Studio akan mempunyai rangka yang dibuat daripada aloi magnesium-aluminium untuk memberikan reka bentuk ringan dan nipis. Stealth 14 Studio bakal dilengkapi sistem penyejukan MSI Vapor Chamber, menjadikannya antara komputer riba 14 inci paling berkuasa dalam pasaran.

    Sementara itu, Stealth 16 Studio mempunyuai sistem pembesar suara Dynaudio dengan enam pembesar suara untuk kualiti audio yang tinggi. Studio 15 pula akan dilengkapi skrin OLED dengan kadar segar semula 240Hz, masa tindak balas 0.2 milisaat dan gamut warna DCI-P3 100%.

    Siri MSI Cyborg, Pulse, Katana dan Sword

    Buat mereka yang menginginkan komputer riba gaming yang lebih mampu milik, MSI turut menawarkan model baharu dalam siri Cyborg, Pulse, Katana dan Sword.

    Cyborg 15 adalah siri komputer riba gaming kelas permulaan terbaru oleh MSI, di mana ia dilengkapi casis lutsinar dan pengguna boleh melihat komponen elektronik dalaman komputer ini.

    Sementara itu, siri Katana, Sword dan Pulse akan ditawarkan dengan pemproses dan GPU terbaru, manakala skrinnya boleh menggunakan MUX Switch di mana pengguna boleh tukar di antara mod grafik hibrid dan mod grafik khas (discrete).

    Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaan komputer riba MSI ini di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Insta360 Luna Ultra rasmi di Malaysia – Sensor 1 inci dan sokong rakaman 8K...

    Insta360 hari ini melancarkan Luna Ultra untuk pasaran Malaysia iaitu kamera gimbal mercu baharu yang dibangunkan bersama Leica. Ditawarkan pada harga bermula...

    Nothing Dream Phone muncul dengan bicu audio, slot microSD dan kamera swafoto “pop-up”

    Nothing baru-baru ini memperkenalkan satu konsep telefon baharu yang dinamakan sebagai Dream Phone iaitu projek eksperimental yang dibangunkan berdasarkan cadangan serta maklum...

    Meta Glasses rasmi dengan tiga rekaan bingkai, bateri 8 jam dan AI Muse Spark

    Meta secara rasmi memperkenalkan Meta Glasses iaitu siri cermin mata pintar baharu yang dibangunkan bersama pengeluar kaca mata EssilorLuxottica. Pelancaran ini dilihat...

    Samsung umum UFS 5.0 dengan kelajuan sehingga 10.8GB/s — Fokus AI pada peranti

    Samsung mengumumkan pembangunan storan UFS 5.0 generasi baharu yang menawarkan prestasi sehingga dua kali lebih pantas berbanding UFS 4.1 selain direka untuk...

    vivo lancar Concept Store baharu di Sunway Velocity Mall dengan pameran “imaging” tersendiri

    vivo Malaysia bakal membuka Concept Store baharu di Sunway Velocity Mall pada 27 Jun 2026 dengan membawa konsep lebih interaktif menerusi Immersive...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...