More

    MSI Malaysia lancarkan komputer baru dengan Intel® Core™ Ultra (Series 2), bermula RM6,599

    MSI Malaysia hari ini melancarkan rangkaian komputer riba baharu yang dilengkapi pemproses Intel® Core™ Ultra (Series 2) bagi menawarkan prestasi kecerdasan buatan (AI) yang lebih tinggi buat para penggunananya. Siri komputer yang menawarkan pemproses ini termasuklah MSI Prestige dan MSI Summit.

    Pemproses baharu ini mempunyai TOPS yang lebih tinggi sebanyak tiga kali ganda, dengan gabungan CPU, GPU dan NPU bersepadu yang menawarkan prestasi AI setinggi 120 TOPS. Ia juga telah mengoptimumkan lebih 500 model AI bagi membolehkan anda bina perkhidmatan yang berkaitan dengan AI.

    Siri MSI Prestige yang dilengkapi pemproses ini mempunyai tiga varian saiz skrin iaitu 13 inci, 14 inci dan 16 inci. Ia mempunyai reka bentuk yang ringan serta hayat bateri yang tahan lama, sehingga 21 jam untuk tontonan video atau kerja-kerja produktiviti. Ia juga mempunyai webcam 5MP untuk panggilan video serta penyiaran langsung.

    Sementara itu, MSI Summit 13 AI+ Evo pula merupakan komputer khas untuk ahli-ahli perniagaan, dengan rekaannya yang ringan, keselamatan yang kukuh dan sokongan stilus MSI Pen 2 bagi menawarkan penggunaan yang versatil.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk komputer-komputer baharu oleh MSI:

    MSI Prestige Series

    MSI Summit Series

    MSI Prestige 13 AI+ Evo boleh dibeli bermula hari ini, manakala varian 14″ dan 16″ pula boleh dipra-tempah daripada 1 hingga 15 Disember 2024. Setiap pra-tempahan akan menerima kredit e-dompet Touch ‘n Go eWallet sebanyak RM100.

    Layari laman web MSI untuk maklumat lanjut mengenai komputer baharu ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...