More

    MSI Malaysia tawarkan promosi khas untuk pelajar universiti, diskaun sehingga RM5,000

    MSI Malaysia kini sedang menganjurkan promosi khas Gear Up For College yang menawarkan pelbagai komputer riba MSI pada harga diskaun, dengan potongan harga sehingga RM5,000. Promosi ini akan berlangsung sehingga 16 Oktober 2023.

    Para pelajar pasti inginkan komputer riba yang mampu milik untuk melengkapkan tugasan mereka, jadi anda boleh lihat pada siri MSI Modern yang teridiri daripada pelbagai varian spesifikasi, dengan harga bermula RM1,999.

    Untuk mereka yang inginkan prestasi komputer gaming pada harga yang mampu milik, MSI Cyborg Series dan MSI Katana Series dijual pada harga RM4,599. Ia dilengkapi spesifikasi khas untuk prestasi gaming yang tinggi, termasuklah unit pemproses grafik NVIDIA GeForce RTX 4060.

    Siri MSI Cyborg dan MSI Katana akan dijual pada harga bermula RM4,599.

    Sementara itu, siri MSI Raiders dan MSI Stealth pula menawarkan prestasi terpantas untuk sebuah komputer riba gaming pada tahun ini. Varian yang tercanggih dilengkapi pemproses Intel Core i9 dan GPU NVIDIA GeForce RTX 4070 atau 4080.

    Siri MSI Raiders dan MSI Stealth akan dijual pada harga bermula RM14,999.

    Para pencipta kandungan atau mereka yang bekerja dalam industri kreatif pula mungkin akan berminat dengan MSI Stealth 14 Studio atau Stealth 16 Studio. Ia mempunyai skrin Quad HD+ dengan kadar segar semula 240Hz dan pengiktirafan NVIDIA Studio untuk penghasilan imej yang tepat.

    Ia akan dijual pada harga bermula RM7,999.

    "
    "

    Siri MSI Alpha dan Bravo pula menawarkan pemproses AMD Ryzen. Sebagai contoh, MSI Alpha 17 dilengkapi pemproses AMD Ryzen 9 7945 HX, unit grafik NVIDIA GeForce RTX 4070, skrin QHD berukuran 17.3 inci, kadar segar semula 240Hz dan modem Qualcomm Wi-Fi 7.

    Siri MSI Bravo dan Alpha akan dijual pada harga bermula RM4,299.

    Buat mereka yang inginkan komputer riba nipis dengan rekaan kemas, siri MSI Prestige menawarkan reka bentuk yang nipis dan ringan. Sebagai contoh, MSI Prestige 13 Evo menawarkan skrin kecil 13 inci yang mudah untuk dibawa.

    Jika anda gemarkan skrin yang lebih besar, Prestige 14 dan Prestige 16 menawarkan skrin 14 inci dan 16 inci, dengan reka bentuk yang mudah dibawa. Ia akan dijual pada harga bermula RM4,999.

    Selain komputer yang lebih murah, para pelanggan juga akan menerima pakej khas dengan nilai sehingga RM1,299, termasuklah perisian Microsoft Home and Student Office, tempat letak komputer (laptop docking stations), perkakasan gaming, beg dan banyak lagi.

    Layari laman web MSI Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...