More

    MSI Malaysia umumkan komputer riba “gaming” baharu: Titan 18, Raider 18, Prestige 13 bermula RM5,999

    MSI telah mengumumkan tiga model komputer riba baharu yang akan diperkenalkan untuk pasaran Malaysia pada 2024 iaitu MSI Titan 18 HX, MSI Raider 18 HX dan MSI Prestige 13 AI Evo. Siri Titan dan Raider dikhususkan untuk prestasi pantas sewaktu bermain game, manakala siri Prestige pula dikhususkan untuk penggunaan multimedia dan produktiviti.

    MSI Titan 18 HX dan Raider 18 HX

    Siri komputer riba gaming ini menampilkan skrin besar berukuran 18 inci, pemproses 14th Gen Intel Core i9 14900HXdan pemproses grafik NVIDIA GeForce RTX 40 Series bagi menghasilkan pengalaman gaming yang terbaik untuk kategori komputer riba.

    Kedua-dua siri komputer dilengkapi skrin MiniLED 18 inci dengan sempadan bezel nipis, resolusi 4K (3840×2400), nisbah aspek 16:10, kadar segar semula 120Hz, pengiktirafan DisplayHDR 1000 dan gamut warna DCI-P3 100%

    Khas untuk model Titan 18 HX adalah sistem penyejukan kamar wap (vapour chamber cooler thermal solution) yang terbesar dalam pasaran. Ia juga menyokong fungsi MSI OverBoost Ultra bagi menghasilkan kuasa total setinggi 270W iaitu kadar tenaga tertinggi untuk komputer riba gaming setakat ini.

    Sementara itu, Raider 18 HX pula menggunakan kadar tenaga 250W yang masih lagi tinggi dan boleh menjana prestasi pantas untuk pelbagai situasi gaming.

    Kedua-dua komputer dilengkapi pad penjejak RGB Haptic Touchpad dan papan kekunci mekanikal Cherry Switch.

    Daripada segi slot tambahan, Titan 18 HX menawarkan empat slot memori RAM di mana ia boleh dibesarkan sehingga 128GB. Ia turut menawarkan tiga slot SSD M.2 yang boleh menyokong storan tambahan sehingga 12TB. Raider 18 HX juga menawarkan empat slot RAM, namun hanya dua slot SSD M.2.

    MSI Titan 18 HX (A14VIG / A14VHG) akan dijual di Malaysia pada harga bermula RM21,499, manakala MSI Raider 18 HX (A14VIG/ A14VHG / A14VGG / A14VFG) pula bermula RM16,999.

    "
    "

    MSI Prestige 13 AI Evo

    Siri komputer riba Prestige menampilkan rekaan yang nipis dan ringan, namun masih dilengkapi spesifikasi canggih seperti pemproses Intel Core Ultra yang terbaru. Prestige 13 AI Evo mempunyai berat 990 gram sahaja dan kapasiti bateri 75WHr yang lebih besar sebanyak 50 peratus berbanding komputer jenama lain dalam kategori serupa.

    Ia mempunyai skrin OLED 13.3 inci dengan resolusi 2.8K (2880×1800), nisbah aspek 16:10 dan gamut warna DCI-P3 100%. Spesifikasi dalamannya terdiri daripada Intel Core Ultra 7 155H, RAM LPDDR5 sehingga 32GB, Intel Killer Wi-Fi 7 dan pengecasan pantas 65W melalui USB-C.

    MSI Prestige 13 AI Evo A1MG akan dijual di Malaysia pada harga bermula RM5,999. Layari laman web MSI Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai komputer-komputer di atas.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...