More

    MSI Titan GT77 diumum, komputer riba pertama di dunia dengan skrin LED mini 4K 144Hz

    Hari ini, MSI iaitu pengeluar komputer riba gaming mengumumkan bahawa komputer riba gaming Titan GT77 akan menjadi komputer riba pertama di dunia yang menampilkan paparan LED Mini 4K dan kadar segar semula 144Hz.

    Paparan 4K 144Hz pada Titan GT77 dikuasakan oleh teknologi LED Mini AmLED AUO yang membawakan prestasi HDR yang baik dan gamut warna yang cukup luas. Selain itu, ia mempunyai kecerahan puncak paparan melebihi 1000 nits zon pemalapan sehingga 1008.

    Teknologi Kawalan Adaptif AmLED yang tepat dan dinamik memproses imej dalam masa nyata juga membawa prestasi HDR yang baik. Tambahan, Titan GT77 mempunyai pensijilan VESA DisplayHDR 1000, gamut warna 100% DCI-P3 dan teknologi True Color eksklusif daripada MSI.

    Titan GT77 baharu akan dilancarkan secara rasmi di CES 2023 dan dijangka lebih banyak ciri eksklusif yang hadir termasuk cipset dan kad grafik GeForce terkini. Kami menjangkakan ia akan dilengkapi Intel 13th-gen “Raptor Lake” yang baharu dan kad grafik daripada siri Nvidia GeForce RTX 40.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer riba ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured