Kaspersky mengumumkan pelancaran Kaspersky eSIM Store iaitu sebuah platform baharu yang membolehkan pengguna mendapatkan pelan data mudah alih digital untuk kegunaan antarabangsa tanpa memerlukan kad SIM fizikal.
Aplikasi ini kini boleh dimuat turun di Google Play dan Apple App Store yang menawarkan akses kepada pelan data di lebih 150 negara dan wilayah. Ia direka untuk memudahkan pelancong mengakses data antarabangsa dengan kos berpatutan dan tanpa perlu menukar SIM setiap kali tiba di destinasi baharu.


Selain kemudahan perjalanan, Kaspersky turut memberi amaran tentang peningkatan penipuan berkaitan eSIM. Penyelidik keselamatan juga telah menemui laman web palsu yang meniru penyedia telekomunikasi di rantau ini dengan tujuan mencuri maklumat peribadi dan kewangan pengguna.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk mencubanya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.






