fbpx
More

    Mudahkan tugasan kerja anda dengan gabungan HUAWEI MatePad 11 dan HUAWEI MateBook D15!

    Pada waktu ini, semakin ramai individu memiliki dua atau lebih peranti elektronik demi menyelesaikan lambakan tugasan mereka, sama ada di pejabat ataupun rumah. Walau bagaimanapun, penggunaan multi-gajet ini sering mengekang aliran kerja yang cekap kerana selalunya gajet yang berlainan mempunyai sistem operasi yang tidak sama, menyukarkan lagi tugas-tugas yang memerlukan kerjasama di antara gajet.

    Oleh sebab itulah anda perlu gunakan peranti yang berkongsi ekosistem sama dan produk-produk HUAWEI boleh bantu anda mencapai matlamat tersebut. Dengan gabungan tablet HUAWEI MatePad 11 dan komputer riba HUAWEI MateBook D15, segala tugasan anda yang memerlukan penggunaan tablet dan komputer serentak boleh dilancarkan dengan sangat mudah.

    HUAWEI MatePad 11 – Tablet yang penuh dengan fungsi canggih!

    HUAWEI MatePad 11 merupakan tablet pertama dengan skrin yang mempunyai kadar segar semula 120Hz untuk memberikan pengalaman menatal (scrolling) yang lebih lancar untuk semua tugas, daripada gaming sehingga penaipan teks. Skrin HUAWEI FullView yang berukuran 10.95 inci itu mempunyai nisbah skrin-ke-badan sebanyak 86% dan gamut warna DCI-P3 jadi anda boleh menonton sebarang kandungan media dengan warna yang sangat cantik.

    Jika anda lebih gemar menulis pula, MatePad 11 menyokong penggunaan stilus HUAWEI M-Pencil (Generasi Kedua) yang sangat responsif dengan skrin tablet tersebut. Ia mempunyai sela masa (lag) yang sangat rendah, sekadar 2 milisaat sahaja serta titik sensitiviti sebanyak 4,096 titik. Ini membuatkan pengalaman menulis pada tablet tersebut sangat serupa dengan tulisan atas kertas.

    Teknologi HUAWEI FreeScript juga memudahkan anda untuk menulis dan menyunting sebarang fail teks dengan mudah. Sebagai contoh, anda boleh membuat garisan mendatar untuk memilih (highlight) teks, membuat garisan beralun untuk membuang teks atau membuat garisan menegak untuk menjarakkan huruf. Ia juga boleh membantu anda melakar sebarang bentuk dengan tepat menggunakan fungsi Instant Shape dan Instant Table.

    Anda juga tidak perlu risau tentang hayat bateri MatePad 11 kerana ia boleh bertahan sehingga 12 jam daripada pengecasan penuh, membuatkannya sesuai untuk tugas produktiviti di mana sahaja. Setiap kali anda mencetuskan idea bernas atau perlu menyiapkan tugas dalam masa yang singkat, anda boleh harapkan pada MatePad 11 pada setiap masa, tidak kira tempat.

    Bercakap tentang produktiviti, MatePad 11 boleh membantu anda menyertai panggilan video dengan lebih imersif kerana empat mikrofon di dalamnya yang dilengkapi teknologi pembatalan hingar akan memastikan suara anda boleh dirakam dengan sangat jelas. Sewaktu memainkan audio pula, empat pembesar suara Histen 7.0 menghasilkan bunyi yang sangat jelas dan lantang.

    HUAWEI MateBook D15 – Komputer riba ringan dengan spesifikasi terkini

    Beralih kepada komputer riba HUAWEI MateBook D15 pula, ia boleh dilengkapi dengan cipset 10th dan 11th Gen Intel Core Processor untuk prestasi yang tinggi. Bagi memastikan prestasi tersebut boleh dikekalkan sebaik mungkin, MateBook D15 dilengkapi kipas penyejukan HUAWEI Shark Fin serta dua paip haba untuk menstabilkan suhu komputer dalam setiap situasi.

    Ia dilengkapi skrin Full HD berukuran 15.6 inci dengan nisbah skrin-ke-badan setinggi 87%, bermaksud hampir keseluruhan bahagian atas komputer tersebut dilitupi dengan skrin untuk pengalaman tontonan yang lebih luas. Walaupun dengan skrin yang agak besar, ia hanya mempunyai berat 1.56kg dan kenipisan 16.9mm jadi ia memang mudah untuk dibawa ke mana-mana.

    MateBook D15 dilengkapi semua port yang anda perlukan untuk tugasan di mana sahaja, termasuklah bicu audio 3.5mm, satu port USB-C, satu port HDMI, dua port USB 2.0 dan satu port USB 3.2 Gen 1. Ia juga menyokong hubungan Wi-Fi 6 bagi memastikan kelajuan internet anda adalah sepantas mungkin.

    Tingkatkan produktiviti anda dengan fungsi Multi-Screen Collaboration!

    Kedua-dua peranti ini sudah pun memiliki fungsi dan spesifikasi canggih, namun anda boleh aktifkan fungsi yang lebih mantap apabila kedua-duanya digunakan serentak. Sebagai contoh, Mirror Mode akan membenarkan tablet MatePad 11 untuk memaparkan imej sama yang terdapat dalam MateBook D15. Ini membolehkan anda untuk gunakan stilus HUAWEI M-Pencil bagi menandatangan dokumen atau melukis kemudian menyimpan fail itu ke dalam MateBook D15.

    Extend Mode pula membenarkan anda untuk menggabungkan skrin kedua-dua peranti agar anda boleh hasilkan saiz skrin keseluruhan yang lebih lebar. Selain itu, Collaborate Mode memudahkan anda untuk memindahkan sebarang fail di antara MateBook D15 dan MatePad 11 secara wayarles. Tidak perlu lagi gunakan pemacu USB atau aplikasi pihak ketiga untuk berbuat demikian!

    Pra-tempahan untuk HUAWEI MatePad 11 kini telah dibuka sehingga 5 Ogos pada harga RM1,999 untuk varian 128GB dan RM2,399 untuk varian 256GB. Setiap pra-tempahan akan disertakan dengan hadiah percuma bernilai RM1,207, terdiri daripada HUAWEI Smart Magnetic Keyboard, M-Pencil Second Generation, HUAWEI Cloud Storage 50GB untuk sebulan, HUAWEI Video VIP untuk sebulan, HUAWEI Music Premium untuk tiga bulan dan HUAWEI Books R-Voucher bernilai USD1. Layari laman web HUAWEI Malaysia untuk maklumat lanjut tentang tablet ini.

    Sementara itu, HUAWEI MateBook D15 juga boleh dipra-tempah bermula hari ini sehingga 5 Ogos pada harga RM2,999 untuk varian Intel 10th Gen Core i5 atau RM3,699 untuk varian Intel 11th Gen Core i5. Setiap pra-tempahan akan disertakan dengan hadiah percuma bernilai RM667, seperti beg, tetikus Bluetooth dan Microsoft 365. Layari laman web HUAWEI Malaysia untuk maklumat lanjut tentang komputer riba ini.

    Di samping itu, anda juga boleh membuat pra-tempahan untuk HUAWEI MateBook D14 berharga RM2,299 atau HUAWEI MateBook 14 berharga RM3,899 eksklusif dalam talian sehingga 8 Ogos dan anda akan menerima hadiah percuma bernilai RM398.

    Maklumat lebih lanjut tentang semua produk di atas serta lain-lain produk terbaru HUAWEI boleh diketahui dalam laman web HUAWEI Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli mana-mana produk HUAWEI di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja]

     

    Artikel Terkini

    Pandangan awal LG PuriCare – “Air purifier” ringan yang boleh dipakai di muka

    Dengan penularan wabak COVID-19 yang masih tiada penghujung, kita terpaksa meneruskan amalan memakai pelitup muka apabila kita berada di tempat-tempat awam. Bagi...

    Laman sokongan Samsung Galaxy S21 FE 5G dikesan, mungkin dilancar pada bulan ini

    Telefon pintar andalan Samsung Galaxy S21 Fan Edition (FE) 5G adalah antara telefon yang sangat dinanti-nanti oleh peminat Samsung pada tahun ini,...

    TikTok hadkan masa tontonan kepada 40 minit sahaja sehari untuk golongan remaja

    Selepas waktu gaming mereka telah dihadkan oleh kerajaan China, kini golongan remaja dalam negara tersebut bakal mengalami satu lagi kekangan masa untuk...

    Pameran “gaming” digital Steam Next Fest akan dianjur bermula 1 Oktober 2021

    Jika anda merupakan seorang penggiat PC gaming, anda pasti akan berminat dengan acara pameran gaming Steam Next Fest yang bakal dianjur oleh...

    OPPO, vivo dan Google dikhabar akan lancarkan telefon lipat pertama pada hujung 2021

    Selepas Samsung memperkenalkan siri telefon lipat Galaxy Z Flip dan Galaxy Z Fold, lebih banyak syarikat berminat untuk melancarkan peranti lipat mereka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured