More

    Muhyiddin Yassin menjadi penerima vaksin COVID-19 yang pertama di Malaysia

    Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini telah menjadi orang pertama dalam negara yang menerima vaksin COVID-19, menandakan detik yang bersejarah dalam usaha melawan penularan wabak tersebut. Beliau menerima suntikan vaksin itu selepas melancarkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Putrajaya pada petang hari.

    Turut mendampingi beliau dalam menerima vaksin-vaksin pertama adalah Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah serta beberapa petugas kesihatan. Mereka menerima vaksin yang dibuat oleh syarikat bioteknologi Pfizer-BioNTech dari Amerika Syarikat, iaitu satu-satunya vaksin COVID-19 yang telah mendapat kelulusan daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) setakat ini.

    Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerima vaksin COVID-19

    Untuk sekalian rakyat pula, pendaftaran untuk vaksinasi COVID-19 telah pun dibuka dalam aplikasi MySejahtera semalam. Untuk semua maklumat penting yang anda perlu tahu tentang vaksin COVID-19, baca artikel khas ini untuk informasi asas.

    Semoga ini menjadi titik permulaan buat pemulihan Malaysia daripada penularan wabak COVID-19. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured