More

    MWC 2022: HONOR Earbuds 3 Pro dan HONOR Watch GS 3 dilancar, bermula ~RM940

    Dalam temasya Mobile World Congress (MWC) baru-baru ini, HONOR telah memperkenalkan beberapa produk baharu iaitu fon telinga wayarles HONOR Earbuds 3 Pro dan jam tangan pintar HONOR Watch GS 3.

    HONOR Earbuds 3 Pro

    HONOR Earbuds 3 Pro adalah sepasang fon telinga wayarles true wireless stereo (TWS) yang mempunyai mod pembatalan bungi hingar (ANC) sehingga 46dB, pemacu 11mm, tweeter khas yang dipotimumkan untuk frekuensi tinggi 10k-20kHz dan menyokong teknologi pengecasan pantas 5C di mana pengecasan selama lima minit sahaja boleh memainkan muzik selama dua jam.

    Fon telinga TWS ini juga boleh mengukur suhu pemakai dengan ketepatan ±0.3°C. Daripada segi hayat bateri, HONOR mengatakan baterinya boleh bertahan sehingga 24 jam jika digabungkan bersama bateri dalam bekas pengecas.

    HONOR Earbuds 3 Pro akan ditawarkan dalam warna kelabu atau putih dan dijual pada harga EUR199 (~RM940). setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia.

    HONOR Watch GS 3

    HONOR Watch GS 3 adalah seutas jam tangan pintar yang menampilkan rekaan mewah, di mana ia dilengkapi skrin AMOLED berbentuk bulat berukuran 1.43 inci dengan resolusi 466×466 dan kepadatan piksel 326 ppi. Badannya dibuat dengan besi tahan karat 316L manakala warna talinya adalah sama dengan warna jam iaitu biru Ocean Blue, emas Classic Gold dan hitam Midnight Black.

    Jam ini dilengkapi pengukur degupan jantung optikal PPG, tahap oksigen darah dan waktu tidur. Ia turut dilengkapi lebih 100 mod sukan dan antena GNSS dwi-frekuensi yang menyokong lima standard global untuk GPS.

    Untuk hayat bateri, ia boleh bertahan selama 14 hari dan turut menyokong pengecasan pantas. HONOR Watch GS 3 akan dijual di pasaran Eropah pada harga EUR229 (~RM1,080) untuk Midnight Black dan EUR249 (~RM1,170) untuk Ocean Blue dan Classic Gold.

    Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana peranti di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...