More

    MWC 2022: POCO M4 Pro dan POCO X4 Pro 5G dilancar di Malaysia, harga bermula RM799

    Dalam temasya Mobile World Congress (MWC) 2022 pada hari ini, POCO telah melancarkan dua buah telefon pintar baharu iaitu POCO X4 Pro 5G dan POCO M4 Pro. Kedua-dua telefon ini sudah pun mempunyai harganya untuk pasaran Malaysia dan menampilkan spesifikasi yang sangat menarik untuk harganya.

    POCO X4 Pro 5G

    POCO X4 Pro 5G dilengkapi skrin AMOLED DotDisplay berukuran 6.67 inci dengan kadar segar semula 120Hz, kadar bacaan sentuh 360Hz, resolusi 2400×1080 dan pengiktirafan SGS Eye Care Certification. Ini adalah kali pertama sebuah panel AMOLED digunakan untuk siri telefon pintar POCO X.

    Selain itu, ia turut dilengkapi sensor kamera utama 108MP untuk kualiti gambar yang lebih cantik, serta kamera ultra-lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera swafoto 16MP.

    Untuk spesifikasi dalaman pula, ia dilengkapi cipset Snapdragon 695 5G 6nm 2.2GHz, RAM 6GB atau 8GB yang boleh dibesarkan sebanyak 3GB dengan teknologi Dynamic RAM Expansion, storan 128GB atau 256GB, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 67W.

    POCO X4 Pro 5G akan dijual di Malaysia pada harga:

    Khas untuk pelanggan Shopee Malaysia, mereka boleh menerima diskaun awal pada 3 Mac 2022, di mana harga POCO X4 Pro 5G akan dijual pada harga diskaun:

    POCO M4 Pro

    POCO M4 Pro menampilkan skrin AMOLED DotDisplay berukuran 6.43 inci dengan resolusi 2400×1800, kadar segar semula 90Hz, kadar bacaan sentuh 180Hz, kecerahan 1,000 nits dan gamut warna DCI-P3 luas. Dengan berat 179.5 gram, ini adalah telefon POCO yang paling ringan setakat ini.

    Kameranya terdiri daripada kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera makro 2MP, manakala di hadapan pula ia mempunyai kamera swafoto 16MP.

    "
    "

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset MediaTek Helio G96 2.05GHz, RAM 8GB yang boleh dibesarkan sebanyak 3GB dengan teknologi Dynamic RAM Expansion, storan dalaman 256GB yang boleh dibesarkan dengan kad memori microSD sehingga 1TB, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 33W.

    Ia turut dilengkapi dwi-pembesar suara, motor getaran haptik paksi Z dan sistem operasi MIUI 13. Pelanggan juga akan menerima langganan YouTube Premium selama dua bulan secara percuma.

    POCO M4 Pro akan dijual di Malaysia pada harga:

    • 6GB+128GB: RM899
    • 8GB+256GB: RM1,099

    Khas untuk pelanggan Lazada Malaysia, mereka boleh menerima diskaun awal pada 3 Mac 2022, di mana harga POCO M4 Pro akan dijual pada harga diskaun:

    • 6GB+128GB: RM799
    • 8GB+256GB: RM949

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki mana-mana telefon di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...