More

    MWC 2022: Samsung lancarkan Galaxy Book2 Pro dan Galaxy Book2 Pro 360

    Mobile World Congress 2022 akan menunjukkan jenama teknologi akan datang dan mempamerkan peranti terbaharu mereka. Samsung adalah salah satu jenama yang turut menyertai acara tersebut akan melancarkan dua komputer riba baharu yang dipanggil Galaxy Book2 Pro dan Galaxy Book2 Pro 360.

    Bermula dengan Galaxy Book2 Pro, ia dilengkapi dengan Intel Core Gen ke-12 (i7 dan i5) terbaharu dengan grafik Intel Evo. Dengan spesifikasi teknologi ini, anda boleh mengetahui bahawa komputer riba ini hanya bertujuan untuk kerja harian dengan hayat bateri sehingga 21 jam (mengikut penggunaan).

    Diprapasang dengan Windows 11, ia mempunyai beberapa ciri penting yang digunakan pada masa kini seperti WiFi 6E, tiga port USB-C sehingga 65W, sensor cap jari merangkap butang kuasa dan juga sambungan 5G. Notebook ini agak padat dan hanya menggunakan paparan AMOLED 13.3 atau 15.6 inci dalam resolusi FHD. Malangnya, ia tidak mempunyai port HDMI.

    Galaxy Book2 Pro 360 pula hanya mempunyai sedikit perbezaan dengan versi standard. Komputer riba ini ialah PC 2-dalam-1 dengan grafik Intel Iris X dan mempunyai pilihan skema warna burgundy selain daripada perak dan grafit. Pengguna boleh memilih untuk mendapatkan stilus S-Pen yang berasingan untuk tujuan lakaran.

    Namun, masih belum ada sebarang  maklumat mengenai harga dan tarikh dalam pasaran. Berikut adalah kapasiti memori yang tersedia untuk komputer riba:

    • Galaxy Book2 – 8GB, 16GB dan 32GB RAM LPDDR5. Sehingga 1TB NVMe SSD storan
    • Galaxy Book2 Pro 360 – 8GB, 16GB dan 32GB RAM LPDDR5. 256GB, 512GB dan 1TB SSD storan

    Kebiasannya, Samsung Malaysia tidak membawa masuk siri Galaxy Book ke Malaysia tetapi berkemungkinan syarikat itu mungkin berubah fikiran pada tahun ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Samsung Newsroom 

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured