More

    MWC 2025: HONOR perkenalkan telefon pintar pertama dengan AI Agent

    Di Mobile World Congress (MWC) 2025, HONOR telah memperkenalkan visi futuristiknya dengan pelancaran telefon pintar pertama di dunia dengan AI Agent. Dibangunkan bersama Google dan Qualcomm, model ini dijangka mengubah pengalaman mudah alih dengan keupayaan AI yang dapat melaksanakan tugas kompleks secara autonomi.

    Berbeza dengan pembantu suara biasa, AI Agent HONOR mempunyai kesedaran konteks yang lebih mendalam, membolehkan ia menjangka keperluan pengguna, mengautomasikan tugas dan memperibadikan interaksi. Dalam demonstrasi di MWC, AI ini berjaya membuat tempahan restoran dengan menganalisis jadual pengguna, mengambil kira keadaan trafik dan memilih masa yang paling sesuai tanpa memerlukan input manual.

    Dengan model on-device 1.3 bilion parameter untuk tindak balas pantas dan perlindungan privasi, AI ini juga boleh berhubung dengan AI Kernel berasaskan awan yang memiliki 12.4 bilion parameter untuk keputusan yang lebih canggih.

    HONOR turut memperkenalkan strategi Alpha Plan yang bertujuan mengubah syarikat daripada sekadar pengeluar telefon kepada ekosistem AI. Dengan pendekatan AI-first, telefon pintar ini menyesuaikan diri dengan tabiat pengguna, mengoptimumkan bateri dan mengesan ancaman siber secara proaktif.

    Selain itu, HONOR menawarkan tujuh tahun kemas kini Android dan keselamatan untuk siri Magic, menjadikannya antara jenama global terbaik dalam sokongan jangka panjang. Inisiatif ini bukan sahaja memanjangkan hayat peranti tetapi juga mengurangkan e-waste. HONOR turut memperkenalkan AiMAGE untuk menaik taraf gambar lama serta AI Deepfake Detection untuk keselamatan AI yang lebih ketat.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured