Pada Mobile World Congress (MWC) 2025 di Barcelona, uCloudlink, peneraju global dalam perkongsian trafik data mudah alih telah memperkenalkan inovasi terkini mereka termasuk PetPhone, telefon pintar pertama di dunia yang direka khusus untuk haiwan peliharaan.
Ciri-ciri utama PetPhone:
- Interaksi Dua Hala: Dilengkapi dengan AI yang membolehkan haiwan peliharaan memulakan panggilan melalui isyarat tertentu yang memudahkan komunikasi antara haiwan dan pemilik.
- 6-Teknologi Penentududukan Global: Menawarkan penjejakan lokasi yang tepat untuk keselamatan haiwan peliharaan.
- Pemantauan Kesihatan AI: Memantau aktiviti dan kesejahteraan haiwan secara real-time.



Selain PetPhone, uCloudlink turut memperkenalkan eSIM TRIO, gabungan teknologi OTA SIM, eSIM dan CloudSIM yang menyediakan liputan global tanpa kos roaming antarabangsa. Mereka juga melancarkan MeowGo G50 Max iaitu hotspot Wi-Fi mudah alih generasi baharu yang menawarkan sambungan lancar merentasi rangkaian broadband, Wi-Fi, 4G, 5G dan satelit.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.







