More

    MyDigital ID jadi kaedah log masuk tunggal untuk aplikasi MyBayar PDRM

    Bermula 1 Oktober 2025, aplikasi mudah alih MyBayar PDRM hanya boleh diakses menggunakan MyDigital ID iaitu platform identiti digital kebangsaan. Perubahan ini diumumkan oleh pihak MyDigital ID melalui X. Bagi bukan warganegara atau syarikat/agensi, kaedah log masuk sedia ada menggunakan ID pengguna dan kata laluan masih dikekalkan.

    Aplikasi MyBayar PDRM membolehkan orang ramai menyemak dan membayar saman trafik polis serta membeli dokumen siasatan kemalangan secara terus dalam talian. Kementerian Dalam Negeri (KDN) mencadangkan penggunaan MyDigital ID untuk pembayaran saman PDRM pada April lalu dan bersetuju untuk meminda Akta Pendaftaran Negara 1959 bagi menyokong pelaksanaannya.

    Log masuk tunggal melalui MyDigital ID menjanjikan pengesahan identiti digital yang lebih mudah, selamat dan telus. Platform ini juga sedang diperluas ke aplikasi lain seperti MyJPJ dan dijangka turut diterima sektor swasta termasuk perbankan. Setakat akhir Jun 2025, sebanyak 2.8 juta rakyat Malaysia telah berdaftar dengan MyDigital ID.

    Pendaftaran boleh dibuat melalui aplikasi MyDigital ID atau kiosk yang disenaraikan di laman web rasmi. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured