More

    MyDigital ID wajib digunakan untuk log masuk aplikasi MyJPJ bermula 10 Oktober ini

    Terdapat kemas kini baharu untuk aplikasi MyJPJ di mana pengguna yang mempunyai lesen motosikal B2 boleh menaik taraf lesen mereka kepada B Full dengan bayaran sekali sahaja serta menghadiri kursus selama dua jam.

    Menariknya, kemas kini ini turut memperkenalkan langkah keselamatan yang memerlukan pengguna menggunakan akaun MyDigital ID untuk log masuk MyJPJ yang akan berkuat kuasa pada 10 Oktober 2024. Pengguna MyJPJ disarankan agar mendaftarkan permohonan bagi mengelakkan sebarang kesulitan log masuk.

    Terdapat juga mesej pemberitahuan serupa dalam aplikasi kerajaan lain seperti MySejahtera dan MyTax. MyDigital ID ialah sistem pengesahan identiti digital yang dilancarkan oleh kerajaan untuk mengintegrasikan pelbagai platform perkhidmatan kerajaan seperti MyJPJ, versi mudah alih HRMIS dan MySejahtera.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured