More

    MYEG lancarkan portal sehenti untuk mudahkan saringan COVID-19 terhadap warga kerja

    MY E.G. Services Bhd (“MYEG”) hari ini melancarkan sebuah portal sehenti (one-stop portal) untuk saringan COVID-19 bagi memudahkan kerajaan untuk menjejak ujian terhadap para pekerja di Malaysia. Ia membolehkan majikan untuk menjadualkan saringan COVID-19 untuk tenaga kerja mereka di bawah Program Saringan Prihatin PERKESO.

    Di bawah program tersebut, majikan layak menerima subsidi sebanyak RM150 untuk setiap saringan terhadap pekerja yang menyumbang kepada PERKESO. Dengan kerjasama klinik yang diluluskan, MYEG akan menyusun saringan untuk dijalankan di premis majikan oleh ahli perubatan terlatih.

    Pekerja yang sudah disaring akan menerima sijil digital dengan kod QR dalam aplikasi MYEG bagi membuktikan bahawa ujian itu telah disahkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM). Dalam pada itu, data berkaitan daripada portal sehenti ini juga akan diberikan kepada KSM untuk aktiviti pengawasan dan penguat kuasaan yang lebih efektif.

    Beritahu kami di Facebook jika syarikat anda berminat dengan inisiatif MYEG ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured