More

    myFirst perkenal rangkaian peranti kanak-kanak baharu di Malaysia, harga bermula RM169

    myFirst melancarkan barisan peranti teknologi kanak-kanak baharu di Malaysia menerusi kempen “Explore Together” dengan produk utama myFirst Insta Lux iaitu kamera cetak segera yang direka khas untuk kanak-kanak pada harga RM799 bersama dua pek kertas cetakan percuma bernilai RM98.

    Kamera ini dilengkapi kamera depan dan belakang 5MP, paparan IPS 2.8 inci, sambungan WiFi, storan boleh dikembangkan sehingga 64GB dan teknologi cetakan dye-sublimation untuk menghasilkan foto warna yang lebih terang dan tahan lama. Melalui aplikasi myFirst Circle, ibu bapa juga boleh menghantar gambar dari telefon pintar terus ke kamera untuk dicetak.

    Selain itu, myFirst turut memperkenalkan beberapa produk dalam ekosistem sama termasuk myFirst Fone M1 (RM399) dengan sambungan 4G, GPS masa nyata dan panggilan suara serta video, myFirst Frame Clario (RM499) sebagai bingkai foto pintar 7 inci, myFirst Sketch Board Pro (RM199) tablet lukisan digital dan myFirst CareBuds Max (RM169) fon kepala kanak-kanak dengan had volum 85–94dB.

    myFirst 3dPen Make Creator Kit (RM299) juga diumumkan iaitu set kreatif dengan pen 3D bersuhu rendah yang telah menerima Tanda Pematuhan Malaysia (MC) bagi keselamatan mainan. Bagi memperkenalkan produk ini kepada orang ramai, myFirst akan mengadakan roadshow di Sunway Pyramid dari 26 hingga 29 Mac 2026.

    Pada 28 Mac jam 10 pagi, 100 pelanggan pertama yang membeli Insta Lux akan menerima myFirst Fone M1 percuma bernilai RM399, tertakluk kepada konsep siapa cepat dia dapat. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti yang ditawarkan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...