More

    myFirst tawarkan fon telinga wayarles serendah RM12 sempena promosi 12.12

    myFirst Malaysia kini menganjurkan promosi 12.12 bagi memudahkan anda memiliki fon telinga wayarles dan lain-lain peranti yang direka khas untuk kanak-kanak. Mereka akan menawarkan rangkaian produk audio BC Wireless Audio pada harga diskaun sepanjang promosi ini.

    BC Wireless Lite dan BC Wireless merupakan fon telinga wayarles gaya terbuka (open-ear) dengan teknologi bone conduction supaya kanak-kanak boleh dengar audio sambil kekal peka dengan persekitarannya. Ia mempunyai rekaan yang ringan, selesa dan dilengkapi had volume untuk pendengaran yang selamat.

    Berikut adalah senarai produk myFirst yang dijual pada harga RM12 sahaja, namun anda perlu cepat kerana hanya 10 unit untuk setiap produk ini akan dijual pada harga tersebut:

    • myFirst Headphones BC Wireless Lite (harga asal RM269)
    • myFirst Headphones BC Wireless (harga asal RM319)
    • myFirst Camera Insta 2 (harga asal RM399)

    Produk-produk berikut pula dijual pada harga RM122 sahaja, namun seperti promosi di atas, ia hanya dijual dengan harga tersebut untuk 10 unit sahaja:

    • Jam tangan myFirst Fone R1s (harga asal RM899)
    • Camera Insta Wi (harga asal RM499)

    Anda juga boleh beli secara pakej dengan promosi Buy 2 Smartwatches. Apabila anda beli dua utas myFirst Fone S4, myFirst Fone S3, myFirst Fone R1c atau myFirst Fone R2, anda boleh dapatkan diskaun sehingga 40%. Ini adalah promosi yang sesuai untuk adik-beradik atau saudara-mara.

    Selain itu, anda boleh dapatkan diskaun 20 peratus untuk semua produk dalam katalog MyFirst seperti papan lakaran, kamera, fon kepala dan jam tangan pintar.

    Promosi ini boleh didapati di Shopee dan Lazada sehingga 14 Disember 2025, manakala di laman web myFirst pula sehingga 15 Disember. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured