More

    MyKad 2.0 perkenal 10 cap jari, imbasan iris dan wajah untuk tingkatkan keselamatan

    Malaysia bakal memperkenalkan MyKad generasi baharu dengan ciri keselamatan lebih ketat melalui penggunaan data biometrik lengkap termasuk 10 cap jari, imbasan iris dan wajah. Ia diumumkan selepas Dewan Rakyat meluluskan pindaan terhadap Akta Pendaftaran Negara 1959.

    Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, penambahbaikan ini penting bagi memastikan MyKad lebih sukar dipalsukan dan mampu menangani cabaran keselamatan masa kini.

    Tambahnya, penggunaan data biometrik lebih menyeluruh bukan sahaja meningkatkan tahap pengesahan identiti, malah akan menyokong cadangan pengeluaran kad pengenalan generasi baharu yang lebih canggih.

    Sejak 2021 hingga Ogos 2025, sebanyak 795 tangkapan dibuat melibatkan kesalahan berkaitan kad pengenalan termasuk 326 kes individu yang dituduh memiliki atau menggunakan kad palsu. Pindaan yang diluluskan masih perlu melalui Dewan Negara sebelum mendapat perkenan diraja untuk dikuatkuasakan sepenuhnya.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured