More

    MyKad rosak? Tukar cip percuma di JPN mulai 23 September hingga 7 Oktober ini

    Rakyat Malaysia yang mengalami masalah cip rosak pada MyKad boleh menukar kad mereka secara percuma di semua pejabat dan kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bermula 23 September hingga 7 Oktober 2025. Langkah ini dibuat untuk memastikan rakyat tidak terhalang daripada menerima subsidi di bawah program Budi Madani RON95 (Budi95).

    Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, kerajaan menanggung sepenuhnya kos penggantian cip dalam tempoh berkenaan selaras dengan pelaksanaan subsidi bersasar RON95 yang akan bermula hujung bulan ini. Data JPN menunjukkan sebanyak 294,715 permohonan penggantian MyKad bagi kategori kad atau cip rosak telah direkodkan dari Januari hingga Ogos 2025.

    Daripada jumlah itu, 32,819 direkodkan pada Jun, 40,371 pada Julai, 45,411 pada Ogos dan 22,858 lagi pada September sehingga 21 haribulan. Purata penggantian bagi dua bulan terkini dianggarkan sekitar 43,000 sebulan dengan kos keseluruhan inisiatif ini dijangka mencecah kira-kira RM714,660. Kira-kira lebih 16 juta rakyat dijangka layak menerima manfaat subsidi tersebut dengan penurunan harga RON95 berkuat kuasa 30 September ini.

    Saifuddin turut menasihatkan orang ramai supaya memastikan MyKad sentiasa berada dalam keadaan baik kerana ia bukan sahaja sebagai dokumen pengenalan diri, tetapi juga kunci kepada akses pelbagai perkhidmatan kerajaan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured