More

    MySejahtera perkenalkan fungsi kad penderma darah digital

    Aplikasi kesihatan oleh kerajaan, MySejahtera, bakal memperkenalkan fungsi baharu iaitu kad penderma darah digital bermula bulan Oktober ini. Fungsi ini akan memudahkan penderma darah dan Pusat Darah Negara (PDN) menjejak rekod pendermaan darah di lokasi-lokasi tertentu.

    Sebelum ini, penderma perlu membawa sebuah buku kecil berwarna merah bagi merekod setiap pendermaan darah. Sungguh pun begitu, rekod MySejahtera ini tidak akan digunakan dalam setiap lokasi pendermaan darah.

    Buat masa ini, rekod pendermaan darah yang akan direkod dalam MySejahtera hanya akan dihadkan di 22 pusat kutipan darah di seluruh negara yang menggunakan sistem Blood Bank Information System (BBISV2). Ini bermaksud rekod pendermaan darah dalam MySejahtera mungkin berbeza dengan rekod pendermaan darah sebenar.

    Selain itu, MySejahtera hanya boleh merekod data pendermaan darah yang didaftarkan sejak 10 tahun lalu dan dibuat di lokasi yang mempunyai sistem BBISV2. Jika anda pernah menderma darah di lokasi yang tidak mempunyai sistem tersebut seperti di Kempen Darah Bergerak, rekod anda tidak akan dipaparkan dalam MySejahtera.

    Sungguh pun begitu, pihak MySejahtera sedang merancang untuk mengemas kini data bilangan pendermaan darah, jadi rekod derma anda sebelum ini mungkin akan dipaparkan dalam MySejahtera pada masa hadapan.

    Layari laman web MySejahtera untuk maklumat lanjut. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured