More

    MySejahtera rekod lebih 250,000 individu disaring untuk NCD di Malaysia

    Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini mendedahkan bahawa seramai 252,767 individu telah menjalani saringan penyakit tidak berjangkit (NCD) setakat 29 September 2022. Angka itu direkodkan dalam MySejahtera iaitu sebahagian daripada beberapa ciri kesihatan yang ditambah pada aplikasi tersebut.

    Khairy menjelaskan lagi, daripada jumlah keseluruhan yang melakukan saringan itu, 173,722 individu berumur 40 tahun ke atas dengan hanya 6.31 peratus direkodkan sebagai sihat. Sementara itu, 47.34 peratus daripada kategori itu disahkan menghidap NCD manakala 46.34 peratus lagi mempunyai risiko NCD.

    Baki 79,045 individu berumur bawah 40 tahun dan keputusan mendapati hanya 13.91 peratus yang sihat. Selebihnya dalam kategori itu, 31.48 peratus disahkan menghidap NCD dan 54.58 peratus mempunyai faktor risiko NCD.

    Beliau menambah lagi, mereka yang didapati berisiko dirujuk ke klinik kesihatan untuk menjalani pemeriksaan lanjut bagi mengesahkan tahap kesihatan mereka. Selain itu, beliau menambah bahawa mereka kemudiannya diberi intervensi untuk mengawal faktor risiko dan penyakit yang mungkin mereka alami.

    Khairy menegaskan NCD masih menjadi beban penyakit utama di Malaysia dan hampir separuh daripada mereka yang menghidap NCD tidak pernah mengetahui status kesihatan mereka atau tidak menyedari mereka menghidap NCD sehingga mencapai tahap yang teruk.

    Justeru, beliau menggesa mereka yang berumur 40 tahun ke atas yang mempunyai faktor risiko NCD, dan yang tidak pernah membuat saringan kesihatan, atau sudah lama melakukannya, supaya segera membuat temujanji dalam aplikasi MySejahtera untuk melakukan saringan kesihatan di fasiliti kesihatan berhampiran.

    Aplikasi MySejahtera telah dikemas kini dengan pelbagai fungsi baharu bagi menyokong pelaksanaan Inisiatif Pemeriksaan Kesihatan Kebangsaan (NHSI) yang merupakan antara objektif utama di bawah Teras 3 Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).

    Ia merupakan rancangan jangka panjang untuk membimbing negara ke arah menjadikan hidup sihat sebagai budaya sambil mengelak daripada wabak COVID-19. Kini, pengguna MySejahtera boleh mengakses maklumat kesihatan mereka melalui fungsi ‘Rekod Kesihatan’ pada aplikasi selepas menjalani saringan kesihatan di fasiliti kesihatan kerajaan.

    "
    "

    Beliau berkata fungsi itu akan diperluaskan ke semua kemudahan swasta yang berdaftar termasuk saringan di bawah program PeKaB40 dan PERKESO. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Sinar Harian

     
    10 top hit harian

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...