More

    MySejahtera umumkan nombor baharu untuk hebahan mesej SMS

    Aplikasi kesihatan oleh kerajaan Malaysia, MySejahtera, telah mengumumkan bahawa mereka akan menggunakan tiga nombor baharu bagi menyebarkan sebarang mesej SMS penting berkaitan kesihatan kepada rakyat.

    Bermula 16 September 2022, MySejahtera akan menggunakan nombor 68808, 68088 dan 63001 bagi menghebahkan sebarang mesej penting.

    Pihak MySejahtera turut mengingatkan rakyat supaya berwaspada dengan sebarang mesej mencurigakan yang datang daripada nombor tidak dikenali.

    Sebelum ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melaporkan bahawa terdapat banyak kes di mana rakyat menerima mesej palsu yang berpura-pura sebagai pihak MySejahtera dan mengandungi sebuah pautan (link) untuk pendaftaran.

    Jika anda menekan pautan tersebut, maklumat atau kewangan anda mungkin akan diseleweng. Oleh itu, para pembaca perlu sentiasa peka terhadap sebarang mesej yang diterima berkenaan MySejahtera dan mana-mana agensi kerajaan lain.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon pintar ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured