More

    MYTV memaklumkan gangguan siaran bakal berlaku sepanjang bulan Mac ini akibat fenomena ‘Sun Outage’

    Sepintas lalu, MYTV merupakan syarikat yang dilantik untuk membangun dan mengendalikan kemudahan jaringan perkhidmatan TV digital di Malaysia. Terdahulu, Malaysia telah berhijrah daripada siaran TV analog ke siaran TV digital melalui dekoder yang diagihkan secara percuma.

    MYTV telah memberikan makluman awal melalui siaran Facebooknya pada 28 Februari lepas mengenai gangguan siaran. Hal ini berpunca daripada gangguan daripada isyarat MYTV DH (Direct to Home) oleh kerana fenomena semulajadi ‘Sun Outage’ yang berlaku sepanjang bulan Mac ini.

    ‘Sun Outage’ merupakan fenomena semulajadi yang berlaku semasa radiasi matahari berada pada kedudukan selari dengan satelit Bumi. Tenaga solar pula akan menjejaskan isyarat satelit yang sampai ke stesen Bumi. MYTV menganggarkan gangguan siaran mungkin berlaku di antara jam 11.30 pagi hingga 5.30 petang (waktu Malaysia).

    Untuk itu, jika anda mengalami gangguan siaran, anda boleh melaporkan dengan menghubungi 1800-18-1088 atau layari pautan ini. Adakah anda merupakan seorang pengguna siaran MYTV? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Facebook MYTV

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured