More

    NACON lancarkan pengawal mudah alih RIG MG-X untuk Xbox Game Pass

    Pengawal mudah alih telah menjadi pilihan orang ramai atau gamer seperti Xbox Game Pass dan kini NACON telah melancarkan RIG MG-X. Ia direka untuk Xbox tetapi bukan pengawal untuk konsol anda. Ia bertujuan untuk digunakan dengan Xbox Game Pass Ultimate melalui pilihan cloud gaming. Terdapat butang rumah Xbox khusus di sebelah kanan dan butang tindakan ABXY seperti yang terdapat pada pengawal Xbox Wireless yang betul.

    Selain itu, anda juga mempunyai dua kayu bedik imbang (offset joystick), D-Pad, pencetus (trigger) kiri dan kanan serta bumper. Reka bentuknya sama seperti Razer Kishi, memanjang ke luar untuk membolehkan saiz telefon pintar yang berbeza-beza dan mempunyai penyambungan Bluetooth.

    Sekiranya anda memilih cloud gaming, Kishi adalah pilihan yang bagus tetapi palam USB-C di bahagian tengah agak mengganggu. Pengawal RIG MG-X mempunyai cengkaman bertekstur di bahagian belakang untuk mengelakkan gelinciran dan sesuai digunakan untuk kebanyakan telefon sehingga saiz 6.7 inci.

    Baterinya boleh bertahan sehingga 20 jam lebih lama berbanding bateri telefon pintar anda jika anda tidak memasangnya semasa menstrim game. Ia juga boleh mengecil kepada saiz yang boleh disimpan ke dalam poket apabila tidak digunakan.

    NACON mengatakan harga yang dicadangkan untuk MG-X ialah $80 (~RM332) dan boleh didapati secara eksklusif melalui kedai dalam talian NACON, Walmart dan Target. Namun, NACON masih tidak memberi sebarang maklumat mengenaikeberadaanya di pasaran. Selain itu, Walmart bakal menjualnya dengan harga $80 (~RM332) manakala Target menjualnya dengan harga $100 (~RM415) yang merupakan harga yang sama NACON telah senaraikan di laman webnya.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android Headlines

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured