More

    Naib presiden realme mengacah telefon baru dengan kamera bawah skrin

    Pada awal bulan ini, telefon pertama di dunia yang menggunakan kamera swafoto dalam skrin telah pun diperkenalkan dan ianya adalah ZTE Axon 20 5G.

    Kini, jenama yang lain pula berlumba-lumba untuk menghasilkan telefon pintar dengan teknologi baru ini termasuklah jenama kegemaran ramai, realme.

    Naib presiden realme, Xu Qi Chase telah memuat naik sebuah gambar telefon pintar yang tidak mempunyai sebarang takuk. Beliau juga menyatakan bahawa peranti ini tidak hadir dengan kamera pop-up.

    Ini bermakna mungkin telefon ini bakal menjadi telefon pertama realme yang menggunakan kamera swafoto dalam skrin.

    Adakah anda meminati teknologi baru untuk telefon pintar ini? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured