More

    Narwal perkenalkan Freo Flow, Freo X10 Pro dan S30 di Malaysia, harga bermula RM1,699

    Narwal yang merupakan salah satu daripada lima jenama vakum terkemuka dunia telah melancarkan tiga produk baharu untuk pasaran Malaysia iaitu Narwal Freo Flow, Narwal Freo X10 Pro dan Narwal S30. Ketiga-tiga produk menekankan pembersihan lebih pintar, berkesan dan praktikal.

    Narwal Freo Flow menampilkan reka bentuk nipis yang mampu meluncur di bawah perabot rendah, kuasa sedutan sehingga 22,000 Pa, bunyi operasi di bawah 60 dB dan bateri berkapasiti 6,400 mAh. Ia dilengkapi stesen asas pintar yang boleh mencuci mop dengan air panas, mengeringkan dengan udara suam, menguruskan air secara automatik dan menyimpan habuk sehingga 120 hari.

    Teknologi adaptifnya turut melaras kuasa sedutan dan tekanan mop mengikut keadaan lantai dan jenis kotoran. Sementara itu, Narwal Freo X10 Pro menawarkan pembersihan mendalam dengan kuasa sedutan 11,000 Pa, bunyi kurang 57 dB dan bateri 5,200 mAh yang mampu beroperasi sehingga 219 minit bagi setiap cas.

    Ia hadir dengan Zero-Tangling Floating Roller Brush dan Anti-Tangle Side Brush yang meminimumkan masalah rambut tersangkut manakala teknologi EdgeReach Mop Extension dan EdgeSwing memastikan kotoran sudut sempit dapat dibersihkan dengan lebih teliti. Dok pembersihan kendiri produk ini juga membolehkan pengosongan automatik serta pengeringan mop pada suhu 40–45°C bagi mencegah bau dan bakteria.

    Produk ketiga, Narwal S30 Wet Dry Vacuum hadir dengan kuasa sedutan 20,000 Pa dan mampu mengosongkan serta mengemop dalam satu langkah. Teknologi Cut & Comb De-Tangle memastikan rambut tidak tersangkut pada berus manakala sistem TripleEdge Precision memberikan pembersihan tepat di bahagian tepi dinding. Model ini turut dilengkapi paparan kawalan mesra pengguna, pemegang ergonomik dan mod pembersihan fleksibel mengikut jenis lantai.

    Bersempena pelancaran, Narwal menawarkan promosi pra-jualan dari 26 September hingga 12 Oktober 2025. Narwal Freo Flow dijual pada harga RM5,499 dengan harga awal RM5,099 beserta hadiah Flow Gift Bag dan waranti tambahan setahun. Narwal Freo X10 Pro pula berharga RM2,699 dengan promosi RM2,399 dilengkapi hadiah Gift Bag, larutan pembersih dan tambahan waranti.

    Sementara itu, Narwal S30 ditawarkan pada harga RM1,699, dengan harga awal RM1,499 berserta berus penggelek, beg penapis pakai buang, tiga botol larutan pembersih dan waranti tambahan setahun. Produk-produk ini boleh didapati melalui Narwal Official Store di Shopee serta kedai fizikal Aihome Sunway Velocity, Plaza Low Yat, dan IOI City Mall.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan salah satu peranti yang ditawarkan dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured