More

    NASA mencari angkasawan baru – Selepas Sheikh Muszaphar Shukor, adakah anda angkasawan negara yang seterusnya?

    Seperti yang kita sudah sedia maklum, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor merupakan angkasawan Malaysia yang pertama ke angkasa lepas pada tahun 2007. Persoalannya, adakah Malaysia bakal menggarap seorang angkasawan sekali lagi? Terkini, NASA sedang menerima permohonan untuk menjadi angkasawan.

    Bukan semudah seperti mengisi permohonannya sahaja, terdapat beberapa kriteria ketat yang perlu dimiliki oleh pemohon. NASA menyatakan bahawa mereka bakal menghantar angkasawan baharu ini untuk menerokai Bulan dan Marikh dalam menelusuri era baru eksplorasi manusia ini. Anda boleh melihat kriteria untuk memohon di sini.

    Semestinya, anda bakal melalui pelbagai ujian jika anda telah melepasi permohonan ini. Jika anda inginkan bayangan laluan untuk menjadi angkasawan, anda boleh membaca atau melihat perjalanan angkasawan negara pertama, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor.

    Apa pun, jika anda mempunyai impian, tiada istilah terlambat untuk mengejar impian. Lontarkan komen anda mengenai hal ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: NASA melalui BGR

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...