More

    Nationwide Express umum tamatkan operasi selepas 37 tahun

    Nationwide Express Courier Services Bhd menjadi syarikat penghantaran terbaharu yang mengumumkan bahawa mereka bakal menghentikan operasinya di Malaysia. Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata ia sedang mengambil langkah untuk menghentikan operasi perniagaannya secara beransur-ansur.

    Nationwide Express diasaskan oleh ahli perniagaan Allahyarham Tan Sri Basir Ismail yang merupakan salah satu penyedia perkhidmatan kurier terkemuka di negara ini bermula tahun 1985. Dalam kenyataannya, syarikat itu berkata mereka akan menghentikan operasi perniagaannya berkuat kuasa pada 15 Disember 2022.

    Nationwide Express mempunyai 1,100 pekerja, lebih daripada 300 kenderaan dan 500 kurier motosikal. Ia mempunyai 150 rangkaian cawangan dan ejen di Malaysia, Singapura serta Brunei dengan kapasiti mengendalikan lebih 40,000 bungkusan setiap hari.

    Pengumuman Nationwide Express dibuat hanya beberapa bulan selepas KTM Distribution Sdn Bhd menamatkan operasinya berkuat kuasa 1 November walaupun telah berkhidmat selama 38 tahun dalam perniagaan kurier dan logistik. KTM Distribution berkata bahawa pemberhentian operasinya adalah selaras dengan langkah penstrukturan semula.

    Syarikat kurier lain seperti GDEX Bhd dan Pos Malaysia Bhd telah mengalami kerugian suku tahunan berturut-turut walaupun terdapat peningkatan dalam permintaan untuk perkhidmatan kurier atau penghantaran jarak jauh dalam tempoh tiga tahun lalu didorong oleh pandemik Covid-19.

    Sektor penghantaran kurier menghadapi persekitaran operasi yang sangat kompetitif di Malaysia. Malaysia mempunyai populasi 33 juta dan 122 lesen kurier diberikan. Sebagai perbandingan, Thailand dengan populasi 70 juta hanya memberikan separuh lesen kurier berbanding Malaysia manakala Indonesia mempunyai 42 lesen untuk negara berpenduduk 273 juta.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: The Edge Markets

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured