More

    Negeri Sembilan mencatat 8,748 kes gangguan pemasangan meter TNB, kerugian lebih RM93 juta

    8,748 kes gangguan pemasangan meter Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah direkodkan di Negeri Sembilan melibatkan kerugian lebih RM93 juta dari 2018 hingga Oktober 2022.

    Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru negeri, Te Kok Seong berkata Seremban mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 5,986 kes dengan kerugian dianggarkan RM71 juta diikuti Port Dickson 1,342 kes dengan nilai RM13.8 juta, Jempol 536 kes dengan nilai RM3.4 juta dan Tampin 412 kes pada RM1.9 juta.

    277 kes direkodkan di Kuala Pilah membabitkan kerugian RM1.5 juta, 178 kes di Rembau dengan kerugian RM847,464 manakala 17 kes di Jelebu pada RM298,868. Daripada jumlah itu, 423 kes telah didakwa di mahkamah.

    Bukan sahaja gangguan TNB, malah terdapat kes kecurian air sebanyak 1,771 yang direkodkan membabitkan kerugian RM3 juta bagi tempoh sama, seperti yang dikatakan oleh Te Kok Seong dalam menjawab soalan Chew Seh Yong (PH-Lobak). Ini merupakan jumlah kecurian bekalan air dan elektrik sejak 2018 hingga kini.

    Beliau turut menggesa mereka yang mempunyai maklumat dan mengetahui tentang kecurian di atas supaya melaporkan kepada pihak berkuasa agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi mengelak kerugian selanjutnya.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Bernama

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured