More

    Nepal haramkan TikTok kerana ia mengganggu ketenteraman awam

    Kerajaan Nepal telah melarang penggunaan aplikasi media sosial popular TikTok kerana mereka berpendapat bahawa ia mengganggu ketenteraman sosial dalam negara Asia Selatan itu.

    Menteri Komunikasi dan Informasi Nepal, Rekha Sharma, berkata TikTok telah mengganggu harmoni sosial dan memberi impak negatif kepada keluarga dan masyarakat. Perdana Menteri Nepal, Pushpa Kamal Dahal, turut membelakangi keputusan itu bagi mengelakkan kekacauan dalam masyarakat.

    Beliau berkata keputusan itu disokong oleh semua parti politik, termasuklah parti pemerintah dan parti pembangkang.

    Pengerusi pihak berkuasa telekomunikasi Nepal, Purushottam Khanal, telah mengarahkan syarikat penyedia internet di Nepal untuk menghalang akses kepada TikTok dan semua syarikat telekomunikasi dalam negara itu patuh dengan arahan tersebut.

    Media Nepal melaporkan bahawa terdapat peningkatan jenayah siber yang melibatkan TikTok sejak empat tahun lepas, di mana negara itu menyaksikan lebih 1,600 jenayah siber dan ini telah mendesak kerajaan Nepal untuk mengawal TikTok dengan lebih ketat.

    Nepal merupakan negara terbaru yang mengharamkan aplikasi media sosial itu, selepas India mengharamkannya secara menyeluruh. Beberapa negara lain pula telah mengharamkan penggunaan TikTok dalam peranti-peranti yang dimiliki kerajaan, seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, New Zealand dan Pakistan.

    TikTok dilihat sebagai alat yang digunakan oleh China untuk mengintip negara-negara lain dan ini telah menimbulkan isu keselamatan siber dalam pelbagai negara.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured