More

    Netflix akan lancarkan beberapa “game” untuk telefon, termasuk “game” Stranger Things

    Perkhidmatan pelayaran filem Netflix dilaporkan bakal melancarkan game-game pertama mereka untuk platform telefon pintar Android. Sebanyak lima game mudah alih bakal ditawarkan secara percuma kepada mereka yang telah pun melanggan kepada Netflix.

    Lima game tersebut adalah Stranger Things: 1984, Stranger Things 3: The Game, Card Blast, Teeter Up dan Shooting Hoops. Dua daripada game tersebut dibina berdasarkan siri televisyen sains fiksyen yang amat popular di Netflix iaitu Stranger Things.

    Buat masa ini, lima game tersebut mempunyai grafik ringkas dan corak permainan yang mudah, namun Netflix mengatakan mereka masih lagi berada dalam fasa awal untuk pembangunan game dan bakal melancarkan game yang lebih sesuai untuk ramai audiens pada masa hadapan.

    Netflix turut menjamin bahawa semua game ini tidak mempunyai iklan atau pembelian dalam game (in-game purchases) seperti yang terdapat dalam kebanyakan game telefon pintar. Pada bulan Mei lalu, Netflix telah menyatakan hasrat untuk memasuki industri permainan video dan telah pun memperolehi beberapa syarikat pembina game untuk tujuan itu.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan game Netflix dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BBC

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured